KEK BATIK

ASSALAMUALAIKUM...


salam 1 Malaysia..esok dah hari Deepavali.. selamat menyambut hari Deepavali buat semua dan juga selamat bercuti.. awal muharram pun beberapa hari lagi... mesti ramai orang balik kampung sebab cuti panjang kan.. wani baru je lepas habis tonton putu piring vs putu mayam cerekarama malam ni ..asyik gelak-gelak jer tapi banyak pengajaran yang boleh diambil.. maklumlah  negara kita pelbagai kaum dan kemuafakatan tu mesti ada ... tak kira bangsa dan agama sekali pun..

malam ni tayang kek batik,,dah lama betul wani tak buat kek batik .. kek yang dianggap paling mudah sebab tak payah nak bake .. just chill and enjoy... biasanya wani buat tak letak telur sedap jugak.. sebenarnya wani susah sikit  kalau telur banyak sangat hihi ..  kalau jumpa resepi mesti letak telur banyak.. .. jadi yang ni guna telur sebiji jer.. tak apalah..macam-macam style resepi kek batik .. yang ni terjumpa sekali dgn buku resepi yang makcik wani order pemanggang ajaib.. tengok resepi macam best jer.. so inilah hasilnya... sukalah sangat sedap....walau telur sebiji.. sangat moist...kek batik ni semalaman dalam peti sebelum potong... cubalah ya. :))



KEK BATIK

Bahan - bahan

300 gm biskut marie
150 gm marjerin @ butter
1 biji telur
150 gm gula
50 gm serbuk koko
50 gm milo
1 sudu teh nescafe
1/2 cawan air
1 cawan susu cair

Cara membuatnya

1. masukkan marjerin atau butter, gula,serbuk koko, milo nescafe, air dan susu  cair ke dalam periuk

2. kacau sehingga sebati dan panaskan dengan api sederhana sehingga mendidih

3. masukkan telur, kacau rata dan masukkan biskut marie. gaul sehingga sebati.

4. setelah sebati, masukkan adunan dalam loyang. rata dan mampatkan adunan.

5. setelah mampat, dinginkan adunan di dalam peti sejuk, setelah itu bolehlah dipotong dan dihidang.

Nota: telur dipukul ringan sebelum dimasukkan ke dalam adunan,, dan semasa nak masukkan telur, pastikan kacau dengan pantas.. tak nak ada ketulan-ketulan yang tak diingini...





2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post