IKAN CENCARU SUMBAT KELAPA

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua.. dah mula hujan balik kat sini walaupun 2 hari lepas cuaca cerah... masih lagi dalam bulan 12 kan.. musim tengkujuh...berbalik kepada post hari ini, kalau sebelum ni asyik tayang kek jer  kalau tak pun muffin lepas tu kek lagi hii tak ada tayang makanan lain..nak buat macam mana bab kek atau dessert lain ni macam teruja sikit kalau nak post.. wani ada masak masakan lain tapi macam dah tak ada mood nak tayang ,,siap masak je ,, perut dah berkeroncong,, perut wani ni tak boleh lama-lama kosong nanti kesakitan datang balik.. kalau bab kekkk tu moodnya cepat lak datang nak main snap gambar..

hari tu entah nape wani nak snap gambar ikan cencaru sumbat ni..dah banyak kali buat dah kat ceruk dapur ni dan bermacam macam style dah wani buat ... memang ikan cencaru sumbat ni kegemaran bonda dan abah walaupun wani kurang sikit makan ikan cencaru ni.. tapi kepuasan memasak untuk mereka semua dah kata sedap alhamdulillah.. kadang-kadang balut dengan daun kunyit atau daun pisang nak dapatkan aroma la katakan ..kadang-kadang bakar gitu jer ... dan bahan sumbat tu pun ikut bahan kat dapur je ada .. wani biasanya buat sambal ni memang wani dah buat simpanan stok sambal satu bekas besar letak dalam peti..lepas tumis cuma addkan apa bahan lain yang nak itu jer... lagi mudah .. tak payah la nak susah bagai main potong bawang nak blender lagi...



ikan cencaru sumbat ni banyak style tapi yang paling best letak kelapa parut...lepas tu perah jus limau nipis pulak..  emm memang tempting.. ... wani rasa semua orang dah tahu resepi ni kan tak letak macam berbelah bagi pulak .. kadang - kadang buat ikut suka hati jer... oklah ya ni wani ambil dekat dapur che mat yang famous .. ada yang wani tolak tambah ..bahan-bahan tu .. biasa tokok tambah ni tolak tambah pulak hihi.. kalau ikut betul betul cara che mat ni lagi sedap...

IKAN CENCARU SUMBAT KELAPA
SOURCE: DAPUR TANPA SEMPADAN

BAHAN-BAHANNYA :-)

5 ekor ikan kembong saiz besar (nak guna ikan cencaru pun ok)
Sedikit kunyit
Sedikit garam
1 cawan kelapa parut putih (guna kelapa untuk buat inti)
2 helai daun kunyit, hiris halus
Garam dan sedikit gula
Putih telur dari 2 biji telur
2 camca besar jus asam jawa
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 batang serai, hiris halus*
1 biji cili merah*
8 biji cili padi*
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan bakar*
1/2 inci kunyit, dibakar*(*ditumbuk hingga lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dibelah belakang, buang insang dan segala isi perutnya, cuci bersih dan berhati2 supaya bahagian perutnya tidak terkoyak. Satukan bahan2 tumbuk lumat bersama kelapa parut, jus asam jawa, putih telur, hirisan daun kunyit dan tambah garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
  2. Ikan tadi di lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Bahagi 5 bahan2 no. 1 tadi, isikan setiap bahagian ke dalam ikan yang telah dibelah belakangnya. Kemaskan dan buat hingga siap.
  3. Panaskan minyak dan goreng ikan tadi dengan api sederhana sehingga masak, terbalikkan ikan perlahan2 untuk mengelakkan kelapa tadi terkeluar. Tujuan menggunakan putih telur sahaja, ialah untuk mengelakkan minyak berbuih semasa proses menggoreng ikan.
  4. Hidangkan ikan tadi panas2 bersama nasi dan lauk2 kegemaran yang lain. Selamat mencuba...


3 Comments

  1. Banyak2 lauk di kedai / gerai... kalau ternampak ikan cencaru sumbat memang saya terkam ikan ni dulu! Sukaaaaaa....

    ReplyDelete
  2. kat sini tak ada ikan cencaru ... suka yg sumbat sambal

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post