TERIMA KASIH JELITA DEC 2013

ASSALAMUALAIKUM....



salam semua...dah lama betul draft baru akhirnya boleh post ..susah betul nak tawan "JELITA" ni asyik tak ada jer lastly beli dekat 7 - Eleven.Maklumlah terlalu "JELITA" dekat kedai yang biasa biasa pergi pun tak ada. Mula-mula wani terkejut bila ada orang tag nama wani kat facebook..nampak jer gambar cover depan majalah JELITA.. mulalah dup dap dup dap jantung ni bila tengok sendiri.. blog wani ada dalam ruang untuk"ulasan blog" bagi keluaran Dec 2013. dan juga 2 lagi  blogger masakan pilihan jelita untuk bulan December 2013. wani tak sangka dapat terpilih masuk majalah jelita .. terima kasih buat Norashikin. Md Nor merangkap official writer untuk majalah jelita.mula -mula Norashikin add wani dekat facebook.. masa tu wani macam perasan sebab pernah dengar nama tu famous di kalangan blogger masakan yang selalu sebut hihi.. bila tengok dekat profile beliau ,, rupanya writer untuk majalah jelita .. wani terdetik dalam hati emm tak ada apa kot mungkin saja beliau nak add friend.. 

hinggalah suatu petang wani saja nak check kat facebook.. Norahsikin tag nama wani kat gambar tu.. terkezuttttt la wani hiii.tema yang diberi memang dah serasi dengan jiwa wani "Eksperimen Ceruk Dapur". bila baca ayat demi ayat tu.. macam terharu sebab ada orang yang mengiktiraf kita sebagai blogger masakan dan dijadikan inspirasi untuk blogger lain...walaupun anda hanya berada di ceruk dapur sekalipun, anda tetap sediakan masakan anda untuk ahli keluarga.tak boleh main -main dah dengan wanita yang berada di ceruk dapur hihi....


bercakap tentang inspirasi, wani telah mula berblog sejak tahun 2011 maknanya sudah 3 tahun berlalu..dikenangkan saat saat wani berblog hanyalah kerana kek coklat wani buat bantat... abah wani tegur kenapa kek coklat bantat?? walaupun memang wani minat masak pada mulanya tapi tak nampak kesungguhan sangat .. maklumlah zaman tu zaman sekolah lepas tu zaman mengaji kat uni.sibuk itu sibuk ini.. masa pun terhad nak eksperimen itu ini... jadinya tak kisah sangat terasa nak buat,  buat jer main hentam pun ada hiii.. saat itulah wani gigih mencari resepi resepi sambil gigih nak tahu tip itu tip ini terutamanya dalam dunia baking..

Inspirasi daripada blogger masakan yang lain memang wani kagumi.. banyak sungguh sifu sifu alam maya ni tak lokek kongsikan ilmu .. yang selalu updatekan masakan mereka dekat blog ... wani dok fikir kenapa la wani tak macam mereka .. bila fikir.. kita ambil ilmu daripada mereka jugak.. apa kata kalau kita kongsi kongsikan ilmu tu melalui blog ..saling bertukar-tukar resepi lagipun bila berblog .. hasil masakan kita  dapat disimpan elok  dan boleh dibuat kenangan bila kita review balik entry2 yang lepas kan.. tapi berblog ni ada jugak saat saat jatuh .. biasalah tu naik turun perkara biasa sebelum kita betul betul kukuh..



buat bonda dan abah yang banyak bagi semangat dan galakan serta sokongan moral..dari kecik sampai ke besar.. masa wani sakit beberapa bulan lepas, mak lah yang jaga  dah macam baby tua dah wani ni..tiap-tiap malam kena bedung perut..itulah sebab wani kena banyak pantang makan.kalau ikut ,,,banyak sungguh benda kena pantang makan.makan boleh tapi jangan keterlaluan..buat bonda, sayang bonda sampai ke jannah. pengorbananmu hanya Allah jua yang mampu membalasnya.. wani, kalau kat dapur banyak habiskan masa dengan bonda maklumlah sama-sama masak sama sama berbual ..memang dah jadi pengikat kasih sayang kat dapur dah .. sebab kat dapur la wani banyak bercakap hihi...bonda dia banyak bercerita kenangan dulu dulu dan dari situ lah wani banyak tahu tentang arwah nenek yang masakan dia memang sedap..

dan tidak lupa wani amat berterima kasih kepada blogger masakan lain yang telah memberi inspirasi untuk terus wani berblog ..copy paste resepi lepas tu try masak.. bukan mudah nak capai sehingga kini.from zero sampai sekarang. alhamdulillah sehingga sekarang masih lagi ada peluang untuk berblog..walaupun genre blog ni terlalu banyak di alam maya .. tapi wani lebih fokuskan kepada dunia masakan... eh masing-masing ada kelebihan tersendiri untuk memantapkan blog ya.. dan dunia masakan ni terlalu meluas daripada hidangan biasa hinggalah ke hidangan gourmet.. tapi kalau sampai ke tahap hidangan gourmet tu tak adalah  hihi tabik spring la kat chef-chef di luar sana... nak jadi orang yang betul betul berseni ni bukan senang..:)). buat followers yang sentiasa mengikuti blog wani ..anda adalah inspirasi jugak untuk wani terus berblog. thanks for your endless love and support.memasak dan membaking ni dah menjadi terapi jiwa wani.  ini hadiah paling berharga wani bagi penghujung tahun ni..




6 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post