MAKARONI BAKAR YANG MUDAH DAN SEDAP

ASSALAMUALAIKUM....


salam jumaat buat semua....alhamdulillah sentiasa bersyukur ... di atas nikmat Allah yang berikan kepada kita.. sedikit ke banyak ke.. tetap bersyukur .. ada hikmah segalanya...

sana sini nampak orang dok pakat tayang arrowhead/ngaku chips... baru  baru ni ada terbeli arrowhead ni dah ternampak terus beli,, wani beli dalam 6 biji..saja nak try bagaimana rasanya ..ada la wani buat sup ayam letak ngaku ni ..sedap pulak lebih sedap dari ubi kentang rasanya.. ada 3 lebih lagi wani try goreng ..eh sedap goreng laaa.. rasa macam kerepek pisang ... rasa tak tambah apa apa perisa pun dah sedap .. naturally sweet gitu kan.. sampai sekarang dok terbayang bayang lagi .. nak kena pergi kat mall balik cari ngaku ni... setahun sekali jer dapat jumpa time CNY season nih...

oklah ya perkongsian resepi hari ini ialah makaroni bakar .. tak habis habis dengan makaroni bakar hiiii.. yang ni cakapnya makaroni bakar termudah sebenarnya tertengok dekat dapur en mat tapi bila dah terbuat tu dah banyak terolah pulak .. maklumlah wani ni tengok apa bahan yang ada kat pantry ... yang tu lah jadi bahannya :))...sebenarnya nak habiskan tin sos tomato prego ..lama sangat dok simpan .. wani tak boleh tengok benda simpan lama dalam tin ni.. kalau buat tak endah alamatnya... memang ter expired la..

bila buat sos daging tu dah jadi macam sos bolognese pulak...hiii   wani bakar dalam mangkuk dapat la 2 mangkuk..tapi yang ni pelik sikit wani buat ...sebab wani gaulkan separuh sos daging dengan makaroni dan separuh lagi sos daging tu untuk layer kat atas sebelum taburkan grated parmesan cheese..sedap pulak buat macam ni.

oklah resepi kat bawah yang wani olah sendiri pun ada .. tapi resepi asal tengok kat dapur en mat... terima kasih :))


MAKARONI BAKAR TERMUDAH 

BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gram makaroni (cm guna yang saiz kecil)
1 camca besar mentega
Lada hitam kisar secukupnya
1 tin ikan tuna (ayam brand), tos dan hancurkan
1 tin sos spaghetti "PREGO", seperti gambar dibawah
Sedikit herba basil (jenis kering, dalam botol)
Parutan keju mozarella secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
1 Rebus makaroni hingga lembut dalam air mendidih yang ditambah sedikit garam (jangan sampai 
terlalu lembut). Toskan dan gaul dengan mentega. Masukkan makaroni tadi ke dalam bekas kaca 
tahan panas yang juga telah dilenser dengan sedikit mentega

2 Tabur ikan tuna rata, kemudian lada hitam kisar, sos PERGO dan herba basil, rata2 Akhir sekali tabur parutan keju mozarella hingga menutupi permukaan sos tadi. Bakar dalam oven 
yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 - 30 minit atau hingga permukaan keju 
kelihatan perang. Hidangkan, sedap dimakan panas


OLAHAN

BAHAN-BAHAN
130 gm makaroni
2 sudu besar instant soup VONO ( wani guna perisa mushroom cheese )
200 gm daging kisar atau ayam kisar
1/2 labu bawang besar sederhana dipotong dadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 sudu teh italian herbs
1/2 sudu teh lada hitam kisar
1 biji telur
1 tin sos prego ( wani guna yang tomato sahaja )
5 biji cendawan shitake dihiris nipis
sedikit daun ketumbar dicincang halus
gula dan garam secukup rasa

CARA-CARA
1. makaroni direbus al dente  ke dalam air mendidih yang ditambah dengan sedikit garam. jangan terlalu lembut
2. panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan daging kisar kacau sebati dan masukkan lada hitam kisar dan italian herbs..
3. masukkan sos tomato prego,cendawan shitake,  instant soup VONO dan gula garam secukup rasa ..kacau sehingga sebati dan biar mendidih lama sikit
4. suai rasakan jika betul betul cukup perisanya boleh tutup api..
5. sementara itu dalam mangkuk lain, ambil separuh daripada sos daging tadi dan digaul bersama makaroni. masukkan daun ketumbar dan telur,,, gaul sebati.
6. masukkan ke dalam loyang atau bekas yang telah digriskan dan ambil lebihan sos daging tadi ratakan atas makaroni
7. bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C dalam  masa 35 minit sehingga keperangan atau masak..

NOTA: wani bakar dalam masa 10 minit, keluarkan baru taburkan parmesan cheese dan sambung bakar balik sehingga keju keperangan.biasanya lepas minit terakhir tu wani sambung bakar api bawah turunkan suhu 150 C dan bakar dalam 10 - 15 minit nak bagi kerak sikit kat bawah :)).kalau nampak macam nak hangit kat atas tu cover dengan aluminium foil ya..

2 Comments

  1. salam

    lama jugak tak buat MAKARONI BAKAR....npk sedap dan mmg mudah sgt nak buat makaroni bakar ni...

    ReplyDelete
  2. sedap ni buat minum petang Wani...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post