MANDARIN ORANGE CUPCAKE

ASSALAMUALAIKUM......


salam semua ....

I'm sure every house must be full with mandarin oranges. maklumlah chinese new year is just around the corner. surely, makan saja dah puas kan.. mesti nak buat macam-macam dengan mandarin... bila wani beli mandarin ni wani dah setkan nak buat cupcake.. rasa dah lama tak buat kek perasa limau kat dalam.. tapi wani ambil jus nya sahaja.. nak ambil kulit pun nampak macam tak boleh nak parut jer huuuu.. kalau orange sunkist tu lain la... so kurang rasa nak bau limau.. memang perlu kulit limau tu penting nak aroma limau kat dalam kek.. kalau buat, wajib letak kulit limau tu ya .. penting .. dah la esen apa pun tak letak.. kalau ada extract orange pun ok jugak..

these cupcakes no decoration or frosting bagai.. bukan sebab malas.. sebab kalau buat, confirm memang tak ada orang makan.. hiiii. makan cenggitu jer dah sedap dengan kopi oooo..lembut jer tekstur cupcake ni...

oklah ya wani share resepi kat sini..sebenarnya tengok kat blog orang tapi wani buat olahan sikit. lagipun dia buat tu banyak sangat ,wani buat half portion... :))





MANDARIN ORANGE CUPCAKE

BAHAN - BAHAN

1 1/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula halus
1  sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda
70 gm mentega dilembutkan suhu bilik
1/2 cawan jus mandarin orange
parutan kulit limau untuk sebiji orange
2 biji telur gred A

CARA -CARA
1. mentega dan gula  diputar sehingga kembang dan masukkan telur satu persatu, putar lagi sehingga betul betul kembang
2. masukkan tepung secara perlahan - lahan, kaup balik dan diselang selikan dengan jus orange dan juga parutan kulit limau.
3. tuangkan sama banyak ke dalam paper cup  dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dalam masa 20 - 25 minit bergantung kepada suhu oven masing masing.

NOTA : wani dapat dalam 12 biji cupcake

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post