TOFU LEMBUT KUKUS

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua ....

hujan dah berhenti tak macam 4 hari lepas tapi sekali sekala hujan jugak, dalam berita dah dengar tempat tempat tertentu dinaiki air. bonda wani dapat mesej dari Mak Cu wani yang mengajar kat Rantau Panjang terpaksa balik awal pukul 10 pagi sebab air sungai golok dah limpah naik jalan..... terpaksa lepas awal la budak budak tu.. harap harap kat kampung wani tak ada lah apa - apa kalau setakat 1 anak tangga tak apa lagi..sama-sama doakan lah ya..

oklah ya untuk perkongsian resepi hari ini,tofu lembut ni memang kegemaran wani..biasanya buat side dish menu macam ni. kalau dulu - dulu agak selalu la buat .. buat apa -apa sos untuk dituang kat tas tofu lembut .. emm sedapnya... lepas tu bila dah lama tak makan ni terasa rindu pulak.. wani terasa nak buat bentuk-bentuk nak bagi senang nak makan..hiii.. jadinya dapatlah dalam 6 bentuk bunga.. yang lebih tu wani tak buang tapi wani hancurkan lepas tu ada lebihan inti tu wani letak kat atas tu macam topping la dan kukus ..ini saja nak buat macam ni untuk nampak comeyyyy.. ^^


BAHAN-BAHAN

1 kotak tofu lembut
100 gm ayam atau daging cincang
2 sudu besar bawang besar yang didadu
1 ulas bawang putih dicincang
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam dan gula
1/2 sudu teh tepung jagung
sedikit daun ketumbar dicincang halus

CARA- CARA
1.alihkan tofu lembut ke dalam pinggan.potong kepada 2 bahagian memanjang. berhati - hati semasa potong.
2. kalau ada acuan macam kat atas tu boleh la terap dengan acuan tu. sebenarnya dapat 4 .lepas tu yang mana tebal sikit wani potong 2 jadilah 6.kalau nak potong empat segi biasa pun tak kisah..alihkan ke dalam pinggan untuk dikukus
3. sementara itu, campurkan bawang besar yang didadu, bawang putih, serbuk lada putih, daun ketumbar, kicap manis, sos tiram, garam dan gula secukup rasa ke dalam ayam atau daging cincang.gaul sebati dan masukkan tepung jagung.perap sekejap.
4. ambil sedikit tepung jagung dan tabur rata kat atas tofu lembut tadi.jangan banyak sangat sekadar untuk melekat nak letak inti.
5. ambil sikit inti dan bulatkan letak atas setiap tofu lembut dan kukus 25 minit atau sehingga masak..

5 Comments

  1. Salam Wani, waaah..dah macam Masterchef pulak ni, berhias2 cantik. Boleh la cuba tahun depan...hehe..kakpb paling suka tofu lembut. Kat Sabah sedap tofunya, tebal.

    ReplyDelete
  2. simple tapi menarik. btw salam maulidur rasul. Allahumma Solli'ala Muhammad.

    ReplyDelete
  3. Salam Maulidur Rasul,
    Nampak menyelerakan, mesti sedap

    ReplyDelete
  4. Adoi.. cantik betul kejadiannya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post