LAYER MURTABAK CRACKERS

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua ...

salam kembali.. semoga kalian semua sihat sihat selalu.. mungkin perasaan masih sayu dan sebak mengenangkan berita pasal mh370.. wani pun malas nak ulas lanjut.. semua berlaku ada hikmahnya ...buat muslim kita kena percaya qadak dan qadar Allah.. rasa- rasanya lepas ni mungkin negara Malaysia terima pelbagai impak dari pihak lain... mudah mudahan dan doa doakan semoga Malaysia sentiasa sejahtera selalu...

oklah ya berbalik kepada resepi, layer murtabak crackers ni tak ingat dah buat berapa kali sekali kot ... hii.. itulah first time macam tak reti nak main layer . maklumlah main dengan biskut ni susah.. kalau ada ruang kena perlukan biskut ni kena potong alamatnya kat bahagian tu tak cantik la... sekali tengok macam nak buat makaroni bakar tapi yang ni ganti dengan crackers. sedapla jugak puas puas makan makaroni bakar boleh bakar style macam ni.. macam-macam resepi ni kan.. tapi yang resepi ni wani dah olah buat sendiri.. kena main elokelok celup biskut tu dalam air suam .. terlebih lembik tak boleh jugak...dan kat bawah tu ada gambar step by step..

LAYER MURTABAK CRACKERS

Bahan - bahan
1 bungkus Crackers jenama Munchy
500 gm daging cincang
1 labu bawang besar sederhana dipotong dadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
daun sup atau ketumbar secukupnya
1 tangkai lada besar dihiris serong
2 sudu besar serbuk kari
gula dan garam secukup rasa
2 biji telur dipukul ringan

Cara-cara
1. panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi
2. masukkan daging cincang kacau rata sekejap dan masukkan serbuk kari. gaul hingga rata.
3. masukkan daun ketumbar atau daun sup dan lada dihiris. perasakan dengan garam dan gula... kacau hingga nampak naik minyak sikit. tutup api. ketepikan
4. loyang empat segi  7" x 7" dialas dengan aluminium foil dan susun kepingan crackers munchy yang telah dicelup dengan air suam ( nak celup jangan lama sangat ,celup bagi ia kembang sikit dan bukan sampai lembik).
5. ratakan dengan daging cincang tadi dan lapik kembali dengan crackers..dan atas sekali tutup dengan crackers.  ( wani buat dalam 3 layers crackers )
6. tutup loyang dengan aluminium foil dan bakar dalam 30 minit dengan suhu oven masing masing. keluarkan,buka aluminium foil dan tuangkan telur yang telah dipukul ringan dan bakar tanpa aluminium foil lagi dalam masa 10 minit .
7. sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.. balikkan permukaan yang ada foil kat atas dan tarik berhati -hati kertas foil tu..
8. hidangkan..

Nota: wani tutup sebab tak nak bagi crackers tu kering dan hangit ...dan letak telur dalam 10 minit terakhir sebab nak bagi lembap sikit kata atas tu .. kalau tak memang terlalu kering..

- wani rasa kalau nak tabur cheese kat atas  taburan daging cincang tu ok jugak .. ikut selera tekak ya



2 Comments

  1. Salam..nampak macam sedap juga murtabak layer ni..kalau rajin boleh buat lapis-lapis yaaaa

    ReplyDelete
  2. salam wani..

    nampak best murtabak crackers ni..satu idea yang sangat menarik..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post