Resepi Kuih Puteri Mandi Atau Kepek Hidung Yang Mudah Nak Buat | Salam semua. lamanya wani tak jengah blog ni. Rasa dah macam busy dah kebelakangan ni, tengah hari tadi sekian lama dah tak hujan. Hujan turun akhirnya tapi tak lebat sangat, macam hujan rintik rintik. Ya Allah rasa nak menangis tengok hujan turun biarpun tak lebat. Alhamdulillah. Ni terasa nak buka blog. Walaupun internet asyik up and down je, hari ni wani nak kongsikan kuih puteri mandi. Kalau orang kelantan dah panggil kuih kepek hidung.
Baca sini : Resepi Kuih Lama Bingka Pandan Yang Sedap Dan Mudah
To be frank , Wani agak jarang nak buat kuih tradisi, bukan tak nak buat mugkin sebab kuih tradisi mudah didapati kat kedai kan.
Jadi, bila craving, pergi beli jerr, sampai macam tu sekali kan. Ish ish yang ni terbuat sebab ada kelapa muda banyak sangat dalam fridge. Adoi. senang je nak buat kuih ni.. tak payah susah susah. Bila baru nak buat ni rasa macam sedap pulak bila buat sendiri.
Oklah ya, resepi ini walau senang wani ambil juga dari dapur kak mieza, wani buat satu warna je.
Resepi Kuih Puteri Mandi Atau Kepek Hidung Yang Mudah Nak Buat
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung pulut - bahagikan kepada 3 bahagian
1/2 cawan air - untuk ketiga-tiga bahagian pulut
Pewarna hijau, merah dan kuning
Esen pandan
Bahan kelapa manis:
1 cawan kelapa parut putih
1 keping gula melaka - mieza guna keping diameter saiz 4 inci
2-3 sb gula pasir
2 helai daun pandan
1/2 cawan air
Sedikit garam
Cara-cara:
1. Sediakan kelapa manis. Satukan gula melaka, gula pasir, daun pandan, air dan garam dalam kuali non-stick. Panaskan hingga gula melaka cair. Kemudian masukkan kelapa parut dan masak hingga sedikit kering. Jangan kering sangat tau. Rasakan manisnya. Kalau suka manis, boleh tambah gula lagi.
2. Bahagikan tepung pulut kepada 3 bahagian dan masukkan ke dalam 3 mangkuk yang berlainan. Untuk setiap mangkuk masukkan warna berlainan setiap satu beserta esen pandan. Dengan menggunakan 1/2 cawan air sedikit demi sedikit, bancuh tepung hingga menjadi doh yang tidak melekat.
3. Dalam periuk, masukkan air dan masak hingga air mendidih. Biarkan air terus mendidih.
4. Ambil doh tepung pulut. Bulatkan sebesar ibu jari kemudian tekan sedikit tengahnya dengan menggunakan jari. Masukkan bebola yang telah dikemekkan tengah ke dalam air yang sedang mendidih. Renehkan hingga bebola kemek timbul dipermukaan air. Ambil penapis teh dan angkat bebola kemek keluar dan toskan airnya.Ulang hingga semua doh habis.
5. Kemudian masukkan bebola pulut kemek yang telah ditos tadi ke dalam kuali yang mengandungi kelapa parut manis. Gaul rata.
*** Jangan toskan kesemua bebola kemek serentak nanti ia akan melekat antara satu sama lain. Bila angkat je dari air mendidih, toskan dan terus masuk dalam kelapa parut manis dan gaul.
6. Sesuai untuk majlis berbuka puasa.
Baca sini : Resepi Agar - Agar Santan Yang Mudah Dan Sedap

assalam wani..em, sedapnya..lain sikit kuih puteri mandi yang wani buat tu kan..selalu yang saya buat dan pernah nampak kuihnya kaler putih ja dan tiada kemek-kemek ni..hihi..apapun, sya belajar sesuatu yang baru hari ni..tq..^_^
ReplyDeleteSalam wani.. ni kuih wajib bulan puasa nih..
ReplyDeletePost a Comment