CHOCOLATE CHIFFON CAKE

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua ... salam jumaat.. alhamdulillah ya hari ni dah masuk ramadan yang ke 6. syukur padamu ya Allah.. bercakap soal juadah berbuka puasa, biasanya menu yang menjadi kegemaran wani, menu kegemaran adalah menu kampung la macam sambal kicap, air asam, cencaru sumbat, kangkung goreng belacan..ikan masam manis  tak kisahlah apa pun asalkan menu kampung tak boleh buat menu pelik pelik takut tak makan... yang penting mesti puasa dalam sebulan ni kerabu cara kelantan.. maklumlah kan tekak kita ni nak main masam manis jer.. untuk dessert lak habis selongkar buat kuih kuih tradisi .. nape ya .. tiba jer bulan puasa .. kuih tradisi jugak jadi pilihan kan hiii...

wani tak main sempat la nak posing bagai lauk pauk tu semua .. masa semput ya tuan tuan dan puan puan... tangan lak dua jer.. tangan ni la nak pegang itu nak pegang ini.. tapi syukur alhamdulillah .. dapat jugak serve lauk pauk kegemaran abah dan mak ni  ada kadang -kadang sampai tak lalu nak makan .. main masak pun penat kot. dah macam bersilat bagai dah kat dapur... huhu tapi tak apa exercise..

oklah ya perkongsian hari ini.. seisi nak habiskan post dalam draft . boleh jugak dibuat santapan untuk hari raya nanti.. siapa yang tak suka kalau dengar kek chiffon.. wani rasa tak lama dulu dah buat lah.. tapi rasa craving tu membuak - buak tu yang buat lagi tu.. kek chiffon coklat.. ambil dari dapur kak ita.. ada letak choc chip sikit sebab nak habiskan stok.. bila letak choc chip tu lepas bakar dan diterbalikkan choc chips tu ada kat atas ya .. sedaplah rasa coklat cair kat dalam tu.. cubalah ya ... selamat berpuasa semua  :))




By: CMG Dapur Tampa Sempadan

BAHAN A :-)
4 kuning telur (gred A)
135 ml air - ita gantikan dgn susu UHT perisa coklat
85 ml minyak jagung (minyak masak pun boleh)
1/4 camca teh garam halus
100 g gula halus
135 g tepung gandum
15 g serbuk koko
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh baking powder

BAHAN B :-)
4 putih telur (gred A)
90 g gula halus
Secubit cream of tartar


CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C. Satukan tepung gandum, serbuk koko, bakingpowder 

dan garam, gaul rata dan ayak. Satukan kuning telur bersama gula 
halus (bahan A), kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut. Masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanilla,kacau hingga sebati. Ketepikan.
Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus (bahan B), dan cream of tartar dan 

terus memutar hingga pekat.
Campurkan putih telur tadi ke dalam adunan no 1 dan kacau dengan spatula 

menggunakan kaedah 
kaup balik hingga sebati.
Tuang dalam tin chiffon yang bersaiz 23 cm (jangan sapu mentega pada tin)

dan bakar 45 - 50 minit hingga kek masak. Keluarkan dari oven dan 
terbalikkan tin serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam 
tu sehingga betul2 sejuk.
Bila kek sejuk, sisip tepi tin dengan pisau untuk melonggarkannya. Buat samajuga untuk bahagian 

dasarnya, keluarkan kek dari tin, potong dan siap untuk dihidang.... 


Post a Comment

Previous Post Next Post