KEK COKLAT SUPER MOIST

ASSALAMUALAIKUM..


Salam semua ......

alhamdulillah ada masa nak update blog..syawal dah pun berlabuh.. hari kemerdekaan pun dah tak lama lagi dah... hari ahad ni pun.. banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari kemerdekaan negara kita..bukan setakat tahu erti bebas dari penjajah tapi kemerdekaan untuk diri sendiri juga ...

oklah wani pun tak nak cakap banyak pun ni haa... rasa dah lama tak buat kek coklat kukus.. hari tu wani buat la sebab kempunan nak makan yang kukus.. maklumlah kalau kek yang dikukus ni dijamin moist.. wani buat 2 versi ada letak dalam bekas kecil dan juga selebihnya letak dalam loyang sebab tak nak tunggu lama hii.. jadinya yang gambar atas ni dalam bekas letak topping sikit nak bagi sedap..lagipun kek ni lagi lama lagi moist lah.. rasa nya dah ramai orang tahu resepi ni tapi tak apalah tayang jugak...

walaupun banyak sangat resepi kat sana .. tapi wani buat ikut naluri hati ..rasa resepi ni nampak sedap try buat yang ni dulu hiii.. tak puas makan la rasa nak buat lagi..
KEK COKLAT KUKUS 
Sumber untuk resepi kek coklat dari Rozilah Abdullah.
Bahannya(kek coklat)
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder
Semua bahan diayak.

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 sb susu  tepung
Kacau sebati semua bahan dan dimasak atas api yang perlahan hingga 
mendidih 
pastikan jangan hangit..guna whisk/pemukul telur.  Ketepikan.

2 biji telur
1 sk esen vanila

50ml air panas

Masukkan bahan ayak ke dalam bahan yang dimasak.  Kacau sebati.
Masukkan telur dan esen vanila.  Putar sekejap.
Masukkan air panas.  Kacau sebati.
Masukkan dalam loyang yang telah dialas dengan kertas kek.
Kukus dalam periuk yang telah mendidih airnya.(pastikan loyang telah ditutup dengan aluminium foil)
kukus selama hampir 1 jam.

Topping
6 sb serbuk koko
6 sb susu pekat
2 sb margerin
Sedikit air panas
Masukkan semua bahan.  Kacau dan tambah dengan sedikit air panas 
(pasti topping jangan terlalu pekat)
Tuang ke atas kek tadi.  Masukkan dalam peti sejuk seketika. 

Post a Comment

Previous Post Next Post