CREAM PUFF

ASSALAMUALAIKUM...



salam semua

dah nak habis bulan 10 dah .. bulan 11 pula akan menyusul... sekejapnya masa . oklah tanpa melengahkan masa sebab masa itu emas hiii hari ini wani nak kongsikan resepi cream puff.. baru belajar nak buat cream puff huu...tapi alhamdulillah semuanya perfect bagi wani dari permulaan buat sampai la ke peringkat akhir cuma cream puff ni wani kena pandai control masa nak picit sebab ada terbesar sangat hiii.. yang filling dia tu pun sedap.. dah suka kepekatan untuk filling tu..

kenapa la tak buat awal2 cream puff ni mudah sangat nak buatnya cewaahh mudah konon sebab biasanya wani beli atau tak pun orang bagi tapi biasalah yang beli atau orang bagi tu pun tak menepati jugak selera tekak wani terutama bab filling tuh.. ada terkeras la..sebenarnya wani tak suka filling yang keras sangat ..wani suka yang agak2 lembik sikit..rasa hari tu buat taklah lembik sangat tapi bonda cakap filling lembik.. tapi wani suka haaaa...mugkin kena kacau lama sikit lagi nak bagi pekat sikit...



memang seronok jeee rasanya buat cream puff terutama sekali bab dia jadi puffff dalam oven tu.. runsing jugak takut tak berlubang kat dalam tu bila dah masak.. tapi alhamdulillah masak sempurna... cream puff ni memang salah satu favorite wani .. memang tak jemu makan....wani kongsikan resepi kat sini ya .. next time akan buat lagi ..selamat mencuba... resepi yang mudah dan sedap..untuk inti filling tu wani tak buat lemon curd ya ..ambil resepi yang satu lagi...ambil dekat 2 blog berbeza.. terima kasih sudi kongsi .. panjangkan kat sini pulak ya

FOLLOW BUTTON SEBELAH KANAN PALING ATAS TQ :))

KRIM PUFF MUDAH DAN SEDAP 
SOURCE: http://www.zzqah.com/2013/09/resepi-cream-puff-mudah-dan-sedap.html

Bahan Cream Puff:-
100 g mentega
250ml air
1/2 camca teh garam
150 g tepung gandum, diayak
3 biji telur gred A

Bahan Lain:-
Lemon curd secukupnya
Coklat masakan secukupnya, dicairkan

Cara membuatnya:-
1 Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas 
dengan silicone paper.
2 Dalam periuk satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak 
melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah.
3 Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam. Pecahkan telur dan 
kacau dengan garfu. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis. 
Pukul 
hingga adunan menjadi pes yang lembut.
4 Masukkan pes tadi ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. Paipkan bentul siput atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga kuning keemasan.


5 Bila masak, alih cream puff atas jaringan dan biar sejuk. Belah sedikit dan boleh diisi dengan 
lemon curd dan tuang sedikit coklat cair sebagai penambah seri...Selamat mencuba!!!

NOTA: SAPU SEDIKIT AIR ATAS SETIAP HUJUNG TAJAM CREAM PUFF SEBELUM DIBAKAR UNTUK ELAKKAN CREAM PUFF TERLEBIH BROWN KAT BAHAGIAN TU..


INTI KRIM KUSTARD 



Bahan-bahan
1sdb tepung gandum
1sdb tepung custard
200ml susu segar
4 sdb gula pasir
1 biji telur saiz A
1 sdb marjerin/butter
1/2 sdt esen vanilla


Cara penyediaan
1- Satukan tepung gandum, tepung castard dan 2 sdb susu dalam periuk. Kacau rata hingga tak 
berketul
2- Kemudian masukkan telur dan esen vanilla, kacau rata lagi.
3- Selepas itu, masukkan kesemua baki susu segar dan gula, masak atas api perlahan sehingga 
pekat. Sentiasa kacau untuk mendapatkan custard yang licin.
4- Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata.
5- Masukkan custard ke dalam pipping bag dan sedia di paipkan ke dalam cream puff


dah siap bakar dah macam macam saiz dah



1 Comments

  1. wah, cantiknya kejadian cream puff wani tu..x pernah lagi buat cream puff ni..sedap ni.. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post