ASSALAMUALAIKUM...
salam semua
bertemu untuk entry hari ini.. first time wani buat cakoi ni hii.. biasanya wani beli jer tapi ada orang jual macam bentuk mini pun ada itupun 10 sen satu.. ni haaa minyak naik kot naik jugak tau harganya huu.. yang ni pun entah menjadi ke tidak.. resepi pulak lebih kurang macam nak buat donut.. dah lama tak lembutkan tangan main uli tepung ni .. satu adunan ni macam banyak sangat sampai separuh adunan lagi wani terap dalam bentuk donut pulak.. untuk di frozenkan... bila dah malas nak main potong2 dengan lidi haaa..lain kali kena buat half untuk resepi ni.. oklah cuaca pun mendung jer main hujan tak hujan hari ini.. tak lama lagi wani pun akan sibuk2 la pulak.. selamat mencuba ya untuk resepi ni ..
FOLLOW BUTTON SEBELAH ATAS PALING KANAN TQ :))
KUIH CAKOI
Bahan-bahan :
400 g tepung ~ diayak
1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng
Kaedah :
1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda
bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama
setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah
tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.
*saya uli menggunakan BM dan kaedahnya masukkan bahan-bahan mengikut turutan BM.
Kredit : http://izahdaut.blogspot.com/2011/05/cakoi.html
salam wani, sdp nyer kak ruby tengok, nak ambil je satu
ReplyDeletedulu pernah sekali buat cakoi, tp tak berjaya mana keras, lain kali boleh cuba resipi ni
ReplyDeleteSedapnya makan cakoi panas... kalau saiz gini 10 ketuilah masuk mulut saya Wani oiii.... yummy!
ReplyDeletePost a Comment