Resepi Sup Tulang Simple Paling Sedap Chef Wan Style | Salam semua, untuk entry kali ini masih lagi bercerita pasal daging korban. Lama juga sis tak pos pasal resepi sup tulang ni.
Kali ini buat sup tulang. Sup paling sedap sup tulang lembu. Macam macam boleh buat kan hirup saja, makan dengan mee, makan dengan nasi air, raja segala sup.
Eh ke ada sup lain yang lagi sedap, tapi al maklumlah sup tulang ni kena rebus berjam - jam la juga nak bagi lembut isi dia tu kan tapi berbaloi la masak lama - lama pun sedap.
Kali ini, nak ada kelainan sikit kadang kadang rebus macam biasa letak rempah sup. Kadang kadang buat sup ala vietnam tu, itu pun dah kira sedap.
Kali ini, nak ada kelainan sikit kadang kadang rebus macam biasa letak rempah sup. Kadang kadang buat sup ala vietnam tu, itu pun dah kira sedap.
Segala bahan - bahan nak direbus kena bakar dulu nak bagi aroma sedap dalam sup. Kadang kadang bahan- bahan asas nak buat sup ala vietnam, sis buat dengan kerangka ayam.
Waduh sedap sangat sup dia, dan kali ini terjumpa dalam dapur Encik Mat.
Macam sedap sebab lain cara dia masak. Sis panjangkan kat sini ya. Terima kasih sudi kongsi.
Macam sedap sebab lain cara dia masak. Sis panjangkan kat sini ya. Terima kasih sudi kongsi.
Berbaloi baloi sedap. Kalau cukup full set. Biasalah sup tulang ni berminyak lemak tu. Itu jarang sekali nak makannya apatah lagi tulang lembu segar kan.
Siapa - siapa nak cuba resepi sup tulang tanpa sup bunjut boleh cuba yang ini ya. Selamat mencuba.
Baca juga : Resepi Air Asam Urat Keting Simple Dan Sedap
Nota :
1. Tulang lembu tak goreng tapi rebus saja sampai jadi lembut
2. Tumis bahan kisar siap - siap baru masukkan dalam air rebusan dan rebus lagi.
Kredit resepi : www.tiffinbiru.com
Baca juga : Resepi Air Asam Urat Keting Simple Dan Sedap
Resepi Sup Tulang Simple Paling Sedap Chef Wan Style
Bahan - Bahan
500 gram ekor lembu
2 camca besar serbuk ketumbar
1 camca besar serbuk jintan putih
1 camca besar serbuk jintan manis
1 1/2 camca besar tomato puree
Air secukupnya
1 batang lobak merah, kupas dan dadu
1 biji kentang, kupas dan dadu
2 batang saderi, didadu
Garam secukup rasa (mat tambah sedikit gula)
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya
Hirisan daun ketumbar (mat guna daun sup/daun bawang)
Bawang goreng
Bahan Kisar Halus
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris
1 inci halia
Bahan Tumis
4 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
Cara - Cara
1.Tulang lembut dicuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, goreng tulang lembu tadi hingga perang, angkat dan toskan.
2. Dalam minyak yang sama, masukkan rempah tumis dan bahan kisar halus, goreng hingga naik bau.3. Tambah serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih, kacau 3 - 4 minit hingga harum.
4.Tambah tomato puree. Masak sekejap dan masukkan tulang lembu tadi, gaul rata dan tuang air
secukupnya.
5.Renih kan hingga daging pada tulang tadi empuk (kurang lebih 2 jam).
6.Tambah kentang, lobak merak dan saderi, masak lagi hingga kentang empuk. Tambah garam
secukup rasa, sedikit gula dan lada hitam, kacau dan masak 2 - 3 minit lagi.
7.Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun ketumbar dan bawang goreng.
8.Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama roti. Jika kelihatan minyak agak banyak, boleh ceduk
keluar.

Baca Juga :
Assalam wani,
ReplyDeletelama dah tak tinggalakn jejak kat sini...
akak selalu update aje..singgah pun kadang2 aje dan tak tinggalkan jejak..
sup tulang dari daging korban ni pasti sedap rasanya manis daging tu sebab fresh kan..
waduh akak suka hirup2 aje sup nya..:)
Salam. Hee nampak sup ekor dan tulang yang menyelerakan.
ReplyDeletefuh, wana kalau dapat sup tulang ni memang tak lari..habis 2-3 mangkuk tau..heheh, suka sangat makan..
ReplyDeleteaduhh.. menggiurkan laaa..... terus teringin nak cari tulang hahah
ReplyDeleteSedapnya sup tulang..
ReplyDeletePost a Comment