ASSALAMUALAIKUM....
salam semua .. dah lama wani nak post pasal kek sarang semut ni ke ada yang panggil kek sarang lebah..tak kisah lah apa nama pun... akhirnya terlaksana jugak hajat.. dah buat banyak kali ..tak jemu buat kek ni ..lagipun ini memang kek nostalgia kan... banyak banyak kek yang paling laris kek ni lah... ..dan jugak salah satu resepi yang ingat dalam kepala tak payah nak tengok resepi hii .. entah kali ke berapa wani buat ni .. satu pun tak pernah bawak keluar resepi .. biasanya wani print outkan resepi.. bila dah ingat ni tak apalah ,, lagipun resepi mudah.. seingat wani kali pertama buat ni rasa menjadi .. ada naik turun buat kek ni .. kejap jadi kejap tak.. resepi pun ada macam macam.. ada yg pukul telur sampai kembang la.. tapi resepi yang wani guna ni memang menjadi..
memang kek ni wani perap,, sampai dalam 4 jam jugak kalau terlebih pun dalam 5 jam pun ada hii.. .kena sabar nak buat kek ni.. nak belajar sifat sabar ni.. sambil kita baking2 pun boleh kan.. yang ada buat tak pernah perap tu ..wani tak pernah buat takut tak jadi.. terpulang rasanya ..siapa2 nak cepat .. bakar terus.. tapi rasanya kek ni kalau nak berongga macam sarang semut tu.. kena lah rajin perap... barulah puas hati kita bakar kek...
kalau sebelum ni .. wani pakai tuang je adunan dalam loyang tu ... cuma bila nak potong susah sikit sebab kita kena pandai main tarik2 pulak kek ni agak melekat bila nak potong .. tapi kali ni first time gris butter dalam loyang tu.. ooo rupanya lagi senang kita nak potong hii.. baking soda tu wani letak dalam 3 1/2 sudu teh.. .untuk 1/2 sudu teh berbaki tu tak la sampai ikut sukatan sangat.. tak apa ,, rasa masih lagi ok tak ada la berbau soda.. :)).. dah repeat banyak kali letak baking soda banyak tu..
kek ni nasib baik hari tu sebab wani terlepas pandang lupa nak tutup api atas masa nak bakar.. nasib baik dalam 3 minit jer .. sebab pernah buat bakar api atas api bawah ni ..sarang tak berapa jadi... oklah terima kasih penyumbang resepi.. panjangkan kat sini pulak.. :))
salam semua .. dah lama wani nak post pasal kek sarang semut ni ke ada yang panggil kek sarang lebah..tak kisah lah apa nama pun... akhirnya terlaksana jugak hajat.. dah buat banyak kali ..tak jemu buat kek ni ..lagipun ini memang kek nostalgia kan... banyak banyak kek yang paling laris kek ni lah... ..dan jugak salah satu resepi yang ingat dalam kepala tak payah nak tengok resepi hii .. entah kali ke berapa wani buat ni .. satu pun tak pernah bawak keluar resepi .. biasanya wani print outkan resepi.. bila dah ingat ni tak apalah ,, lagipun resepi mudah.. seingat wani kali pertama buat ni rasa menjadi .. ada naik turun buat kek ni .. kejap jadi kejap tak.. resepi pun ada macam macam.. ada yg pukul telur sampai kembang la.. tapi resepi yang wani guna ni memang menjadi..
kalau sebelum ni .. wani pakai tuang je adunan dalam loyang tu ... cuma bila nak potong susah sikit sebab kita kena pandai main tarik2 pulak kek ni agak melekat bila nak potong .. tapi kali ni first time gris butter dalam loyang tu.. ooo rupanya lagi senang kita nak potong hii.. baking soda tu wani letak dalam 3 1/2 sudu teh.. .untuk 1/2 sudu teh berbaki tu tak la sampai ikut sukatan sangat.. tak apa ,, rasa masih lagi ok tak ada la berbau soda.. :)).. dah repeat banyak kali letak baking soda banyak tu..
kek ni nasib baik hari tu sebab wani terlepas pandang lupa nak tutup api atas masa nak bakar.. nasib baik dalam 3 minit jer .. sebab pernah buat bakar api atas api bawah ni ..sarang tak berapa jadi... oklah terima kasih penyumbang resepi.. panjangkan kat sini pulak.. :))
KEK GULA HANGUS
SOURCE: RESEPI BISKUT
Bahan- bahan
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis ( wani kurangkan )
2 camca teh soda bikarbonat ( wani letak 3 1/2 sudu teh )
4 biji telor
2 camca besar mentega
Cara Membuat:
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair.
(hatihati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan
telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7″x7″
dan perap adunan selama 3 – 4 jam.
4. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 - 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*saya bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj).
NOTA: TAPISKAN ADUNAN KE DALAM LOYANG UNTUK ELAK ADA KETULAN2 KECIL
WANI BAKAR SUHU 150 C DALAM 42 -45 MINIT ..
TELOR TU WANI HANYA PUKUL RINGAN DENGAN SUSU PEKAT MANIS TAK GUNA MIXER

asalam wani, kaknor belum pernah buat cantik mesti sedappp ni kan bila lah nak rajin entah!!
ReplyDeleteresepi ni nampak lebih senang nak buat dan cantik kejadian kek sarang ni..insyaallah wana nak buat la nanti ikut resepi ni pula..sebab ayah wana suka makan kek nostalgia ni.. ^_^
ReplyDeleteassalam wani. mel pernah buat kek sarang semut ni. Beria la tunggu perap 4 jam. Sekali hasilnya tak bersarang daaa.. terus tak pernah buat dah..uhuu
ReplyDeletesalam mel .. ala sian pulak ..x pe boleh cuba lagi huu
DeletePost a Comment