Resepi Bebola Daging Blackpepper Simple Dan Sedap

Resepi Bebola Daging Blackpepper Simple Dan Sedap | Sekarang ini makanan sejuk beku dah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Macam - macam jenis makanan yang keluar. Kadang - kadang sis sendiri pun dah ketinggalan jauh ke belakang. Macam - macam bisnes makanan sejuk beku sekarang. Kalau bab nak buat menu untuk lauk ni. Sis selalu juga guna makanan frozen. Kita cuma goreng kemudian buat kuah atau apa - apa jenis sambal untuk digandingkan dengan makanan frozen.

Bebola daging, ramai peminat bebola daging tak ?. Bebola daging ni memang popular lah kalau buat bebola daging blackpepper kan. Boleh dikira sebagai menu mudah dan senang. Beli saja bebola daging frozen yang dah siap. Tak mampu lagi nak buat sendiri bebola daging. Kalau terlebih rajin boleh lah cuba buat. 

Bebola daging sekarang dah pun pelbagai jenama. Orang rekomen bebola daging ramly sedap sangat. Tak apa nanti lain kali sis cuba bebola daging ramly pula ya. buat masa sekarang ni, nak habiskan stok bebola daging yang dah lama membeku dalam peti sejuk. 


resepi bebola daging blackpepper, bebola daging,  bebola daging ramly, bebola daging frozen

Ini lah hasilnya. Walaupun hanya bersalut lekat di bebola daging, rasanya tetap sedap. Nak cari resepi simple dengan bebola daging. Boleh lah cuba resepi bebola daging blackpepper simple dan sedap ini ya. 

Resepi Bebola Daging Blackpepper Simple Dan Sedap

Bahan - Bahan 
20 - 25 biji bebola daging
1.5 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh lada hitam kasar
3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
Garam dan gula secukup rasa
1/2 bawang besar dipotong baji
1 biji tomato dipotong empat atau lima
1 tangkai lada merah dipotong serong
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara - Cara 
1. Goreng bebola daging hingga masak keperangan.
2. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk halus.
3Ppanaskan sedikit minyak, tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan seerbuk jintan manis dan juga lada hitam kasar.kacau lagi hingga naik bau.
4.Masukkan sos tomato,sos lada hitam dan kicap manis. Tambah sedikit air.masukkan tomato, bawang besar dan lada merah yang dah dipotong.
5. Masukkan bebola daging tadi dan kacau sebati dengan sos sehingga bergaul mesra dan pekat. Tmbah garam dan gula secukup rasa.
6. Siap dan boleh dihidangkan

Nota 
1. Sos -sos boleh lebihkan kalau nak kuah banyak.


6 Comments

  1. cantik dan menggoda sangat bebola daging wani tu..

    ReplyDelete
  2. Assalam wani.
    Biasanya bebola mel makan dengan spaghetti je. Boleh juga lain kali buat begini. Makan dengan nasi putih.

    ReplyDelete
  3. mesti bes kalau masak untuk anak2 resepi ni..

    ReplyDelete
  4. Assalam Wani,
    Klu dpt sepiring kan best, boleh pekena dgn nasi putih panas2, fuhhhh berpeluh dah dahi ni....

    ReplyDelete
  5. Assalam Wani,
    Klu dpt sepiring kan best, boleh pekena dgn nasi putih panas2, fuhhhh berpeluh dah dahi ni....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post