Resepi Muffin Blueberry Gebu, Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan

Resepi Muffin Blueberry Gebu, Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan | Salam semua, resepi muffin antara yang paling mudah nak buat sebenarnya sebab cara buat dia tu macam buat cucur. Lagipun tak payah guna mixer. Mixer ni rasanya semua ada masalah malas nak keluarkan mixer kan.

Mesti ramai termasuk lah sis sekali. Kali pertama masa nak belajar kenal muffin ni sis pun berasa jakun, macam susah jer. Tapi lama - lama buat, rasa macam dah senang sangat. 

Kalau terasa malas nak keluarkan mixer, jom belajar buat resepi muffin mudah. Kali ini nak belanja resepi muffin bluberry. Resepi muffin mudah ikut sukatan cawan. Sukat pakai cawan senang. 


Resepi muffin bluberry

Walaupun nampak senang tak payah keluarkan mixer, orang kata buat pun macam cucur. Tapi muffin ni kalau salah godek jadi bantat.

Banyak faktor kenapa muffin jadi bantat sebenarnya. Dan salah satunya adunan tak boleh terlebih kacau. 

Yang baru nak belajar kali pertama buat kalau pertama kali buat dah tak jadi jangan lah down sangat ya. Biasalah tu pengalaman kan. Jom cuba resepi muffin blueberry yang mudah ini. Sedap, gebu dengan bluberry segar. 


Resepi muffin bluberry

Resepi Muffin Blueberry Gebu, Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan



Bahan - Bahan:
3 sudu besar butter
2/3 cawan gula kaster
1 biji telur dipukul
1/2 cawan susu
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam ( tak letak ) 
1 - 1 1/2 cawan blueberry segar
1 sudu kecil vanilla

Cara - Cara 
1. Putar mentega bersama gula sebelum dimasukkan telur. Kemudian masukkan susu.

2. Masukkan pula tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan akhir sekali masukkan
garam.

3.Kemudian masukkan fresh blueberries yang telah dilap kering dengan kertas tisu. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin yang telah di spray dengan canola oil atau masukkan ke dalam cawan
kertas.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven.

5. Semasa masih panas, berus sedikit mentega cair dan taburkan dengan sedikit gula di atasnya.
Kalau tak suka, pun boleh dibiarkan begitu sahaja. Sejukkan atas redai.

Nota : 
Sis bakar dalam 20 minit suhu 150 C. Pastikan suhu oven masing-masing 

Lain kali nak masukkan tepung gandum diselangseli dengan susu.

Kredit : aziekitchen.com 

Resepi muffin bluberry

3 Comments

  1. Wahhhhha....sedapnya...akk peminat tegar.tp tu la blueberry asli mmg mahai...hihiii

    ReplyDelete
  2. Salam wani.. tun xpenah beli blueberry.. sblm ni mkn mapin blueberry rasa masam blueberry dia, tu yg terbantut sket tu nk beli. huhu... ha'ah la, biasa muffin ni gaul2 je, ni pakai mixer mcm cupcake pulak.

    ReplyDelete
  3. wah..nyum2..bestnya wani letak fresh blueberi..best2!!! :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post