ASSALAMUALAIKUM..
salam semua
salam jumaat penghulu segala hari.. sebelum tu, wani rasa semua pun dah sedia maklum yg arwah Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz sudah selamat dikebumikan pagi tadi.. hanya doa mampu kami berikan mudah-mudahan beliau ditempatkan ke dalam golongan orang yang soleh dan beriman.. Al-Fatihah..rasa pilu dan sayu melihat live di tv pagi tadi..dan rasa takjub melihat hampir 50 ribu orang membanjiri kawasan rumah Tok Guru..
oklah ya, kehidupan pun tetap diteruskan seperti biasa. wani, seperti biasa teruskan dengan dunia masak dan baking.. sebenarnya dah lama wani plan nak buat tart nenas ni.. dah lama sangat tak buat ni.. last wani buat rasa beberapa tahun lepas dah hiii.. nak makan senang nak buat bukan mudah.. wani buat sendiri jem nenas tu.. fikir nak beli filling tu tapi tak jadi .. rasa macam bersungguh nak buat homemade jem nenas ni..jem nenas ni mudah je ,, wani guna 2 biji nenas masak, blender halus dan keringkan air nenas tu dalam satu kuali..letak beberapa kuntum bunga cengkih . tapi terlupa, pergi letak gula tak rasa pulak time tu setakat mana tahap kemanisan tu.. sebab wani ada tambah sunquick oren..
terpaksa beli nenas lain wani pilih yg masam.. blender, jadinya recook jem nenas tu.. tak tambah gula dah .. dah sedang elok manisnya.. memang puas hati buat sendiri filling ni sebenarnya.sebab mood nak raya cina datang hiii, jadinya mood nak buat cookies ni datang, lagipun fb wall penuh dengan tart nenas. tak tahan godaan. jenuh gak nak gentel bulat2 filling nenas ni..
wani guna mould bentuk love, entah mana hilang mould wani yang bentuk bulat tu.. acuan bentuk ni lubangnya tak dalam.. lagipun pergi gentel bulat2 besar sangat.. bila dah masak, sekejap jer masuk mulut. biskut ni jenis melts in your mouth.. bukan crispy2.. masuk mulut terus cair.. sebab macam2 versi wani jumpa nak buat crust tart nenas ni. kali ini cuba resepi dari Mimi sebab dia kata cair di mulut.cuma wani ada olah sikit. wani gantikan tepung jagung dan tambah susu tepung doh agak berderai sikit so kena main terap .. ingat nak buat bulat2 tapi tak boleh .. kalau nak tengok resepi asal boleh la masuk blog dia ya.
TART NENAS
SUMBER : MIMI BAKERY HOUSE
SUMBER:DARI DUNIA DAPURKU
BAHAN-BAHAN
100gm mentega ,suhu bilik
150gm tepung gandum
50 gm tepung kastard + 1 sudu besar ( boleh ganti dengan tepung jagung )
22 gm gula kastor
1 biji kuning telur
2 sudu besar susu tepung
untuk egg wash : 1 biji kuning telur + 2 sudu besar susu
CARA- CARA
1. Ayak tepung gandum dan tepung jagung
2. pukul butter dan gula kastor hingga gebu dan ringan.
3. masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga sebati , masukkan juga susu tepung
4. dengan kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan selesai
5. untuk lebih senang, jem nenas tadi, bulat-bulatkan sebesar guli
6. canai doh 5mm tebal dan terap dengan acuan yang disukai. kemudian letak filling nenas tadi
7. nak lebih cantik selepas dibakar, sapukan dengan eggwash
8. bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 130 C selama 25 minit atau sehingga kuning keperangan
9. sejukkan atas redai sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara
NOTA: suhu ikut oven masing - masing

Hmmm..tart nenas buat sambutan tahun baru cina ke wani...hihihi
ReplyDeletetat nanas feberet wana tau..sedap..wana suka sangat..comel rupa tat nanas wani ni:D
ReplyDeletewow, tat nenas...
ReplyDeletekita pn rasa mcm nk bt jgk...
Post a Comment