IKAN SARDIN TUMIS DAUN KARI

ASSALAMUALAIKUM...



salam semua

bulan 4 hampir tiba..tengok semua orang kalut ni.pakat nak gi borong barang banyak2 nanti bulan 4 ni harga barang naik.. wani akui memang  terasa la jugak.. tapi Malaysia ni dah kaji betul-betul ke adakah rakyat sendiri ni mampu nak meneruskan kehidupan sekiranya GST bermula ? dah la harga minyak pun naik turun jer kerjanya kan.. pening kepala la kalau fikir pasal GST ni ..semua pihak nak ambil kesempatan..

dari dok pening fikir pasal GST ni wani nak cerita pasal  ikan sardin ni huu dah lama betul dalam draft .. sebelum ni pun memang dah banyak kali buat cara macam ni.bila dah buntu nak masak apa, memang wani akan guna ikan sardin ni.. tapi jarang-jarang jugak la makan ikan sardin ni .. maklumlah makanan dalam tin.gambar tu malas nak menghidang dalam pinggan.. hiii terus letak macam tu je..snap .. habis cerita.. resepi yang mudah .. dan bila kesuntukan masa boleh masak ini..

oklah ya cubalah resepi ringkas ini.. :))


IKAN SARDIN TUMIS DAUN KARI
SUMBER : DARI DUNIA DAPURKU

BAHAN-BAHAN

1 tin ikan sardin 425 gm ( wani guna jenama pinefresh ) asingkan ikan sardin dan sos nya
tomato 1 biji belah 5
1/2 sudu teh serbuk lada hitam kasar
3 ulas bawang putih diketuk
1/2 bawang besar dipotong baji
2 keping asam gelugor
garam dan gula secukup rasa
2 tangkai daun kari
1 1/2 sudu besar cili kisar atau ibu sambal ( wani guna homemade ibu sambal, ibu sambal ni memang bahan wajib kat dapur kena ada )
1 biji ubi kentang dipotong dadu
lada burung 5-6 tangkai diketuk
kicap manis 1 sudu besar

CARA-CARA
1. panaskan minyak dan tumis bawang putih diketuk sampai wangi dan masukkan  cili kisar atau ibu sambal tumis lagi  sampai naik minyak
2. masukkan daun kari dan tumis lagi sampai wangi
3. tuangkan sos sardin terlebih dahulu..letak air dalam 1/2 tin kacau biar habis sisa - sisa sos tomato yang lekat dan tuang ke dalam kuali..kacau sebati
4. kalau nak tambah air nak bagi ada kuah banyak sikit boleh tambah dalam 1/2 cawan
5. masukkan kicap manis,  serbuk lada hitam kasar,  asam keping, bawang besar dibaji,tomato, lada burung dan ubi kentang..kacau rata.baru masukkan ikan sardin
6 masukkan garam dan gula secukup rasa ..biarkan hingga mendidih biar tomato lembut dan  nampak pekat sikit..suai rasa boleh tutup api
7.siap dan hidangkan

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post