ASSALAMUALAIKUM..
salam semua
dah lewat malam ni , barulah mula nak tengok blog ..cuti sekolah pun dah nak habis dah.. baru 5 hari tak bukak blog.. cuaca panas panas ni rasa lemau semua nak buat kerja..anak tekak pun dah mula rasa perit-perit.. mata pun asyik berkerut-kerut je dek tahan cuaca panas..
oklah ya ..dah banyak kali wani buat kerutuk ayam kampung ni.. bonda wani memang suka bela ayam.. ikut arwah atuk wani suka sangat bela binatang ..orang kata bela haiwan ni pelepas stress betul ke hii.. emm biarlah tengok bonda wani banyak habiskan masa suka kemas - kemas luar rumah .. sambil bercakap -cakap dengan haiwan peliharaannya tu.. tak apalah hobi dia ..asalkan dia rasa puas hati.. :)).. kiranya ayam kampung ni ayam sendiri la ya..sekarang dah mudah.. biasanya abah wani tangkap ayam ni dan bawa dekat kedai ayam tu ..suruh tolong sembelih..emm bayarla dalam rm 4.00 macam tu la .. tapi yang peliknya ,, wani tak makan ayam kampung.. tapi suruh tolong masak ..lampu hijau jer.. hiii. abah pulak,, kalau ayam kat kedai tu dia jarang makan.. dia lagi suka ayam kampung.. terbalik pulak..
gulai kerutuk ni memang famos lah ..masakan kelantan yang unik.. ayam kampung ni ia agak liat..biasanya wani akan rebus lama la jugak,walaupun guna petua letak daun nangka dalam kerutuk tu..dah banyak kali jugak buat letak daun nangka ..tak guna petua lain dah..dan bonda wani ada cerita arwah nenek dia suka letak belacan bila tumis rempah kerutuk ni.. biasa buat letak belacan tapi yang ni wani terlupa nak letak belacan.. tapi rasa tetap kerutuk hii... wani ikut resepi macam kat bawah.. tapi dia buat untuk itik.. wani tukar dengan ayam kampung ..lain pulak cara dari yang wani biasa buat.. terima kasih penyumbang resepi..
Baru perasan resepi ni tak guna santan..tapi wani letak santan ya.. nak bagi ada kuah sikit..terpulanglah nak letak santan takat mana. Kalau tak nak kolesterol tinggi sangat, cukuplah santan cair-cair ya..hii..
KERUTUK AYAM KAMPUNG
KERUTUK ITIK SERATI
SUMBER: CERITA TENTANG SEGALA
Resepi : Norliza Hussin

Bahan-bahan :
1/2 ekor itik - potong sederhana kecil
1 batang serai
1 genggam kelapa - sangai dan jadikan kerisik
Santan pekat 1 biji kelapa
4 sb rempah kerutuk (Kelantan)
1 sb serbuk cili
* rempah kerutuk + serbuk cili, bancuh dengan sedikit air
1/2 cawan minyak
Garam, gula secukupnya ( wani letak gula melaka )
Bahan kisar halus (blend) :
3 hiris lengkuas
2 cm halia
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Bahan tumis :
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 cm halia - mayang halus
5 biji bawang merah - mayang
2 biji bawang putih - mayang
Cara-cara membuatnya :
Rebus itik hingga agak empuk (saya rebus dalam periuk tekanan)
Panaskan minyak
Masukkan bahan tumis, masak hingga kekuningan
Kemudian masukkan bancuhan rempah kerutuk dan serbuk cili serta bahan kisar halus. Tumis hingga wangi dan masukkan serai. Perasakan dengan garam dan gula.
Kacau sentiasa hingga ke dasar periuk / kuali supaya rempah tidak hangit. Gunakan api sederhana
Masukkan itik yang telah direbus, kacau hingga rata dan masukkan santan. Tambahkan juga kerisik.
Perlahankan api, biarkan merenih sehingga kuah agak pekat dan sesuaikan sekali lagi garam dan gula dengan secukupnya. Jangan lupa mengacaunya untuk mengelakkan hangit
Bila mencapai kepekatan yang dikehendaki, bolehlah di matikan api dan dihidangkan.
Nota :
Rempah kerutuk yang digunakan semasa ni agak banyak, mungkin boleh dikurangkan menjadi 2 atau 2 1/2 sudu besar sahaja
Begitu juga dengan minyak, boleh kurangkan menjadi 1/3 cawan sahaja
sedapnya wani.. akak tak pernah makan kerutuk ni.. kesiann kannn
ReplyDeletePost a Comment