SUP AYAM KAMPUNG

ASSALAMUALAIKUM....



Salam semua.. sejak kebelakangan ni asyik post pasal baking dan cooking tips je kan.. penting semua tu.. senang untuk kita.. ingat dok kat dapur pun tak menuntut ilmu jugak ke hii.. ilmu di mana2 jer ..nanti more n more tips coming..

Oklah ya dah lama masak menu ni.. sup ayam kampung..semua orang boleh masak sup ..menu paling mudah ..bagi wani bila dah tak tahu nak masuk selera apa dengan tekak ni..wani akan buat sup..buat macam bubur nasi.. tak kisah time anak tekak nak makan bubur nasi buat jer bila2..resepi ni wani ikut mak long wani buat .. ayam kampung tu rebus siap sampai empuk ..lagi bagus rebus dalam periuk tekanan ya..

Dan bahan tumisan tu.. tumis asing then baru masukkan dalam rebusan ayam kampung..dah terbiasa buat macam ni.. macam kaedah ni pulak lagi senang ..cubalah ya..


BAHAN-BAHAN
Ayam kampung 1/2 kg
daun sup atau daun ketumbar secukupnya dicincang kasar
air secukupnya
2 biji ubi kentang dibuang kulit dan belah 4

Bahan-bahan untuk tumis :
4 ulas bawang putih diketuk sekali dengan kulit
1/2 inci halia diketuk
buah pelaga 3 biji
bunga lawang 1 kuntum
1 batang kulit kayu manis

CARA-CARA
1. rebus ayam kampung dalam periuk tekanan sampai empuk,
2. panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih, halia, buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau
3. masukkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk rebusan ayam, tambah air setakat mana yang nak dan letak daun sup atau ketumbar yang dicincang kasar
4. panaskan balik sehingga mendidih ..renih sekejap biar semua  rempah ratus sebati dengan kuah..perasakan dengan garam dan boleh tutup api.

NOTA: biasanya selepas angkat dari dapur dan setelah suam-suam sikit sup tu ,,saya buangkan kulit kayu manis khususnya sebab tak nak sup tu kuat sangat bau rempah.. sebab kan lama-lama kayu manis ni dia kembang dan tak nak bagi effect dekat kuah 

Post a Comment

Previous Post Next Post