RESEPI SAGO GULA MELAKA YANG MUDAH DAN SEDAP

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua

macam mana ya lama tak cakap pasal GST ni.. ok ke ? makin berjimat la nampaknya ... wani perasan dekat kedai runcit barang lagi murah nak banding dekat supermarket..apa kes ni.. kasihan pulak peruncit ni.. macam menindas jer.. ada setengah kedai runcit ni mereka pun tak tahu pun  nak letak harga barang macam mana..alahai cam mano ni .. nak berniaga .. nampaknya masih berteka teki la jadi ke tidak GST ni..

oklah ya ..  kita teruskan entry hari ini..cuaca panas jer ..ingatkan semalam nak hujan tapi tidak..

dah lama betul plan nak buat sago gula melaka ni.. ini salah satu dessert kalau boleh tiap-tiap hari nak buat hiii.. memang favorite family kat rumah.. .resepi yang senang dan sedap..sebab dah lama tak buat, kali pertama buat tu tak genap sebab resepi satu adunan tu sikit sangat dapat ..boleh sekali makan jer.. nak 2 kali makan tu tak sempat.. lepas tu esok tu wani buat lagi tapi untuk abah sahaja  sebab masa tu dah buat bubur kacang so abah tak boleh makan kacang sangat jadi wani buat sago puding lagi...selang beberapa hari ..buat pulak.. memang tak jemu sungguh buat dessert ni :D.Sago warna merah sebab dari sirap merah..


biasanya kalau nak cepat-cepat tak buat santan, guna susu cair jer.. nak sihat la katakan.. tapi kalau nak rasa macam tradisi kuih dulu-dulu , memang kena buat santan la ..sebenarnya sangat masuk dengan santan. wani tengok dari dapur kak ita ..tapi ambik dari dapur En. Mat.. terima kasih di atas perkongsian resepi..mudah sangat ni .. kalau tak dapat buat lagi tak tahu lah..

Resepi Sagu Gula Melaka Yang Mudah Dan Sedap
Sumber : DAPUR TANPA SEMPADAN , AZLITA MASAM MANIS

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biji sago rumbia
300 ml santan pekat + sedikit garam, kacau rata
60 gram gula Melaka, potong kecil*
100 gram gula pasir*
3/4 cawan air*
1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih). Tapis dan bilis bawah air paip untuk membuang kanji sago. 
  2. Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda (che mat guna acuan apam atau acuan agar2 berbentuk hati). Isi penuh2, buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit). 
  3. Keluarkan dari acuan (longgarkan tepi2nya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk.....hmm tak cukup satu lahh.
NOTA: bilas sago dengan air bersih sehingga kanji sago  betul betul hilang

2 Comments

  1. belum pernah buat lagi macam ni wani sbb anak2 tk gemo kalau kaknoor buat kaknoor soran gje yg makan, nak try yg wani pun jauh sngt lahhh

    ReplyDelete
  2. mak oii..sedapnya ada buat jual ke ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post