Resepi Kek Batik Nestum Paling Sedap, Mudah Dan Tanpa Telur | Salam semua, resepi kek batik di antara resepi yang mudah nak buat sebenarnya.
Kalau dulu guna bahan untuk buat kek batik, hanya asas saja seperti, biskut marie, serbuk koko, susu pekat.
Tapi sekarang dah macam - macam resepi untuk kek batik saja. Orang Malaysia kan kreatif, macam - macam resepi kek batik dah keluar.
Ada letak telur, dan ada juga tak letak telur bagi sesiapa yang alergik dengan telur.
Berlambak resepi kek batik dalam internet. Pilih yang mana nak resepi kek batik tanpa telur atau ada juga yang letak telur.
Sis lebih suka tak letak telur, kalau letak telur pun paling kurang 1 biji.
Kalau lebih dari itu rasanya dah tak makan dah ada resepi sampai 8 biji telur geleng kepala sis.
Resepi ini hanya pakai coklat compound dan biskut rasa lebih sesuai tak pakai telur, kek batik nestum ini sedap makan sejuk.
Resepi ini hanya pakai coklat compound dan biskut rasa lebih sesuai tak pakai telur, kek batik nestum ini sedap makan sejuk.
Lembut la jugak sebab sis suka kemam dalam mulut. Kalau suhu bilik lagi lembut.
Oklah, untuk kepada sesiapa yang nak cuba resepi istimewa kek batik nestum tanpa telur. Boleh cuba resepi ini ya.
Oklah, untuk kepada sesiapa yang nak cuba resepi istimewa kek batik nestum tanpa telur. Boleh cuba resepi ini ya.
Bab nestum ni tak suka buat air ,tapi kalau bab nak jadikan sesuatu wani suka pulak. Kalau letak oats agaknya ok tak.
Sebelum ini pun macam - macam dah jenis kek batik wani buat. Boleh cuba buat carian di blog ini dengan taip di kotak carian bahagian atas sebelah kanan.
Jom cuba resepi kek batik nestum tanpa telur.
Resepi Kek Batik Nestum Paling Sedap, Mudah Dan Tanpa Telur
Bahan - Bahan300 gm coklat compound
400 gm biskut marie HWA TAI ( biskut jenama ini sedap )
1/2 cawan serbuk koko
3 sudu besar gula pasir
1 tin susu cair
1 sudu besar mentega ( wani guna sudu makan )
3 x 1/2 cawan nestum
Cara - Cara
1. Biskut marie dipatah dua.
2. Satukan coklat compound, serbuk koko, gula pasir, susu cair dalam satu kuali, buka api dan kacau perlahan sehingga semua bahan sebati.
3. Kacau sehingga adunan coklat mendidih, baru masukkan butter dan kacau sehingga butter cair.
4. Masa tahap ni, pastikan adunan coklat betul-betul mendidih lama sikit nak bagi pekat sebelum masukkan biskut marie.kacau selalu.
5. Kemudian, baru masukkan biskut marie dan gaul sehingga semua biskut disalut dengan coklat sehingga rata.
6. Tutup api dan baru masukkan nestum sikit -sikit, itu sebab buat 3 x 1/2 cawan. Letak 1/2 cawan gaul rata dan letak lagi 1/2 cawan dan 1/2 cawan seterusnya . Tak nak nestum digaul di tempat yang sama.. nestum kan cepat melekat.
7. Tuang dalam loyang empat segi 8 x 8 ". Ratakan dan tekan biar padat .sejukkan semalaman baru potong.
Nota :
1. Guna loyang empat segi 8 x 8 "
2. Selepas biskut digaul rata dengan coklat masih ada lagi lebihan coklat, curahkan nestum dekat ada lebihan coklat tu ya sambil gaul rata.
3. Tips untuk ratakan dan padatkan biskut tu dengan gunakan cling wrap menutupi permukaan atas loyang dan tekan dan ratakan biar padat.. tujuannya nak elakkan biskut tu melekat kat sudip, jadi bila buat macam ni tak adalah nak bila nak tekan tu asyik melekat.
ish macam tau tau je tengah craving kek batik boleh lah try ni hehe
ReplyDeleteSaya rasa lebih sedap tanpa telur. Tekak sayalah...hihihiii!
ReplyDeleteSedapnya kek batik. Tapi tak reti nak buat. biasa kakak je yang buat guna biskut je hehe
ReplyDeleteSedapnya tengok ni!!
ReplyDeletePost a Comment