KEK BUAH KUKUS SEDAP

ASSALAMUALAIKUM...


salam semua dan selamat berhujung minggu

..panas membahang cuaca lately..ingatkan tadi nak hujan dah nampak titisan hujan.. lepas tu mentari kembali pansa, nampaknya tak jadi la hujan ..

 dah lama rasanya tak buat kek buah ni.. baru-baru ni hari jadi bonda wani, jatuh 13 Mei.. tapi sebelum tu ada tanya dia nak kek apa kalau nak makan, pantas bonda wani jawab nak kek buah ..kek buah memang favorite dia.. dia dah siap warning awal2 tak nak kek lain , kek coklat ke .. kek buah jugak yang sentiasa di hati.. sebab tu wani  tanya bonda, kalau buat kek lain tapi tak makan buat bazir je kan dah tak ada orang makan.. kek buah ni lagi satu memang cepat habis .. walaupun wani bukan peminat tegar kek buah.. dah buat menunaikan permintaan mereka pun dah ok dah..

untuk resepi kek buah ..resepi ni memang a keeper..wani tak pakai resepi lain.. dah banyak cuba resepi lain tapi resepi ni jugak bertakhta di hati.. lagipun penggunaan gula hangus dalam kek buah ni lagi buat kek ni bertambah sedap.. makin lama makin sedap.. dan untuk menampakkan lagi keperangan pada warna kek ni bergantung dekat gula hangus.. wani pernah cuba kurangkan gula dalam resepi ni kononnya nak kurang manis la kan dah la buah-buahan kering tu dah ada gula .. tapi tak menjadi sebab warna kek buah tu tak perang dan rasanya pun jadi kurang sedap sebab kurang nya gula hangus tu.. nampak tak betapa pentingnya gula hangus tu..




jadi jangan cuba nak kurangkan gula ..ikut betul-betul resepi ni.. gerenti menjadi.. macam jugak penggunaan buahan kering, jangan kurang jugak ya. kadang-kadang wani beli tak cukup ..go on jugak bakingnya ..hasilnya sedap cuma tekstur dalam kek tu nampak kurang kismis hii.. lain kali nak cuba blender buahan kering sampai hancur biar rata dalam kek ..itu atas cadangan bonda wani..

wani dah banyak olah resepi ni, kali ini cuba tambah 1 cawan air panas ke dalam gula hangus. nak suruh kek lagi lembap. yang tulisan bertanda merah tu dah olah tu ya ...dan kek ni simpan semalaman sebelum potong ..cara nak bakar tu tengok tip kat bawah.. kalau nak kukus pun boleh, tapi wani malas nak main tambah air dalam periuk hiii..dan selalu buat kaedah macam ni..terima kasih yang berkongsi, panjangkan resepi kat sini..ada ternampak pasal resepi buah kering  rendam dalam air teh pekat..sedap ke.. nanti nak cuba buat.. sebab wani jenis suka rendam2 buahan kering hii

KEK BUAH KUKUS
Kredit : HANA MEMORIES

Bahan - Bahan
250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
350g gula pasir
60ml air panas ( saya guna 1 cawan air panas )
500g buah-buahan campuran - hana guna sultana dicampur dgn sedikit mix fruits
3 biji telur gred A ( ganti 4 biji telur gred B )
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat* - hana letak 1 setengah je
1 sudu kecil serbuk buah pala/netmug* - hana x letak sbb xde stok ( ganti dengan serbuk kulit kayu manis )
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar sunquik ( tambah 2 sudu besar )
1 sudu kecil esen vanila

Cara - Cara
1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan.
2. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan
3. Ayak bahan bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit
menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
4. Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam
adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
5. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan
adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
6. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam saja)
7. Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek betul - betul sejuk seeloknya semalaman supaya kek
dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).

Nota : 
1. Untuk potongan kek yang kemas dan cantik,simpan dalam peti semalaman, sebaik sahaja keluarkan dari peti terus potong
2. Suhu ikut oven masing-masing, kek ini di bakar kukus dalam oven selama 3 jam dengan api bawah sahaja. selepas 1 jam 10 minit, cover  permukaan kek dengan kertas timah selama 1 jam  dan untuk 1 jam terakhir keluarkan kertas timah .cucuk dengan lidi untuk untuk mengetahui kek sudah masak atau belum
3. Guna loyang empat segi 9" x 9"
4. Telur hanya pukul dengan handwhisk sehingga sebati 

4 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post