RESEPI CHEESE BROWNIES ( MUDAH DAN SEDAP )

ASSALAMUALAIKUM...

resepi cheese brownies mudah dan sedap

Salam semua

 wani teruskan untuk entry hari ini..malam2 baru nak jenguk blog..petang2 panas.. tak de mood nak buka blog.. baru jer 1 hari lepas hujan.. panas dah membahang balik..malam2 ni rasa suhu sejuk sikit. entry tertunggak di malam hari ya ... :)

sebenarnya ni kek marble cheese brownies. Nak habiskan stok krim cheese dalam peti,
 disebabkan wani terlupa nak buat marble jadilah cheese brownies sahaja, tak apalah kan.. yang penting rasanya mestilah sedap.brownies ni nampak mudah nak buatnya, Kepada sesiapa yang baru nak belajar buat brownies ni,, ya,, memang resepi sangatttt mudah.. tapi brownies ni banyak kategorinya.. ada yang cakey, ada yang fudgy dan ada yang chewy dan sudah tentu wani pun pening bila main banyak kategori yang penting wani suka fudgy .. hiii ..tapi sampai sekarang brownies wani buat tak rajin jadi kedut2 ..selalu nak awet muda macam tuan dia :D.. kalau yang brownies perfect, of course nak kedut2 kat atas tu kan.. atas resepi jugak dan atas jenis bahan yang anda guna jugak.. kena pandai tengok resepi .. kena main banyak kali buat ,baru tahu perangai brownies ni...sampai ke perangai pun nak tahu ..:D

bila dah banyak kali buat tak jadi kedut2,sekarang dah tak kisah ,,kalau dulu rasa macam nak meraung jer nape la tak kedut2 hii.. asalkan tekstur yang wani nak menjadi tak apalah kurangkan gula pun  .. dalam resepi ni wani buat separuh tapi memang akan kurangkan gula.. kalau tengok resepi2 dari barat semua  mak aaii gula,, macam semut nak makan..banyak sungguh.. kalau korang ada tips tu share2 lah jugak ya..

jangan pulak  bila ikut resepi brownies ,tak jadi kedut2 terus hentam orang ni salah bagi resepi.. kan dah cakap resepi memang nampak senang .. tapi jenis bahan dan sukatan bahan yang berbeza serta kaedah nak buat berbeza ,membuatkan banyak jenis brownies  yang timbul hii.. jangan marah ya.. wani bagi tahu sekadar pemerhatian masa buat brownies ni.. bukan lah nak expert sangat.oklah jom kita tengok resepi brownies ni .. terima kasih kak nor dan sesiapa yang share resepi ni .. wani panjangkan kat sini pulak..buat ni untuk half portion..dari resepi ni

MARBLE CHEESE BROWNIES


sumber : K.Nor@SecubitGaram



Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.


7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
Tip: better letak dalam peti sebelum dipotong untuk potongan yang smooth 

1 Comments

  1. dah lama kaknoor tak berbrownis boleh try jugak resepi wani ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post