RESEPI CHOCOLATE CREAM PUFFS YANG MUDAH DAN SEDAP

ASSALAMUALAIKUM.....


 Salam semua

Ini last gambar dalam folder. Hari ni dah 18 ramadan dah..syukur alhamdulillah masih dapat meneruskan ibadah puasa walaupun kadang kadang sahur pun dah buntu dah nak makan apa.. Nak iftar pun dah buntu dah nak masak apa. Last2 wani pekena budu cicah pucuk ubi .straight 2 hari makan budu cicah pucuk ubi : D .bila tak puas makan kan ..next day pun makan benda sama ..bercakap pasal krim puffs ni,  Cream puffs ni pun sesuai jugak untuk hidangan raya. Baru tahu mudah nak buatnya hii. Wani ingat dulu macam susah sangat. 


kali ini dengan flavor coklat pulak. Dah puas asyik bakar kuning jer kita tukar dengan perisa coklat. Wani buat krim puff ni untuk frozenkan. Senang nanti puasa, kalau nak makan, keluarkan jer dan panaskan kejap dalam microcawe dan  boleh la buat filling yang disukai. kat bawah resepi ambil dari majalah aroma dan nampaknya memang puff coklat ni sesuai makan dengan sweet filling. 

Makin seronok pulak buat krim puffs ni.dalam gambar ni tak ada filling..sebab hari tu wani tak buat.. Tapi resepi ada kat bawah untuk filling ..  Oklah selamat mencuba 

COKLAT KRIM PAF
SUMBER: MAJALAH AROMA KELUARAN MAC 2015

BAHAN - BAHAN 

BAHAN A 
1 cawan air sejuk 
100gm butter
1/2 sudu gula

BAHAN B - DIAYAK
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan koko
Secubit garam 

BAHAN C 
3 biji telur 

KRIM KASTARD -BAHAN A 
1/2 liter susu segar 
100 gm gula kastor 
2 sudu besar penuh tepung jagung 
2 sudu besar penuh tepung kastard
1 biji telur 
1 biji kuning telur 
1 sudu kecil esen vanila

CARA PENYEDIAAN 

1. Masak bahan A sehingga larut dan mendidih 
2. Kecilkan api dan masukkan bahan B. Kacau rata dengan senduk kayu sehingga doh tidak melekat di periuk. 
3. Tutup api dan masukkan doh ke dalam bekas lain dan sejukkan 15 minit
4. Masukkan telur satu persatu dan putar sehingga doh berkilat
5. Paipkan ke atas dulang pembakar dan bakar 25 minit atau sehingga kekuningan dengan suhu 200 c 
6. Setelah masak potong paf untuk masukkan filling kastard

KRIM KASTARD 

1. Panaskan sekejap susu segar dan satukan bahan A ke dalam belas dan pukul dengan pemukul telur
2. Kemudian masukkan susu yang telah dipanaskan dan gaul rata. Kacau dengan senduk kayu di atas api sederhana sehingga pekat
3. Sekiranya ingin kastard berperisa coklat panaskan 100 gm coklat masakan dan cairkan dengan cara double boiler dan tambahkan ke dalam kastard semasa panas
4. Sejukkan dahulu kastard sebelum digunakan
5. Hiaskan krim paf anda dengan buah- buahan segar dan sedia untuk hidangan panas atau hidangan sejuk






Post a Comment

Previous Post Next Post