ASSALAMUALAIKUM...
salam semua
syukur alhamdulillah dah hari keenam kita berpuasa kan... seperti biasa wani masih ada entry yang tertunggak.. mesti ramai orang dok tengah cari dessert apa nak buat kan.. tapi bagi wani time bulan puasa jer mesti nak kuih2 yang ada bahan kena masuk santan ... pelik pulak.. time tak puasa tak teringin pulak .. time puasa ni la habis segala kuih nak bersantan hiii... semalam buat bubur pulut hitam.. bila terbanyak buat tak ikut bajet ..ada la lebihan sikit.. runsing kalau nak masak bulan puasa ni nak ikut orang nak makan banyak mana, wani memang susah sikit.. oklah simple je entry hari ini. rasa kalau malam lepas moreh nak makan aiskrim buat la aiskrim puff ni ...
drooling tak tengok ice cream puffs ni hiii... tergerak hati nak cuba resepi yang wani dapat hadiah hari tu dari Chef Obie..tak terfikir langsung boleh makan dengan aiskrim.biasa kalau bab kepit2 ni wani suka kepit dengan roti, tapi kali ini, alternatif lain nak lagi sedap buat lah cream puff. lepas tu kepit dengan aiskrim.. yummylicious tau.. sampai sekarang wani masih terbayang2 makan ice cream puff ni ..rasa nak buat sekarang jugak ..dan tak sabar nak tukar flavor ice cream yang lain
dah lama pun buat ni sebelum puasa ..resepi ambil dari buku DESSERT FOR TODAY. Semua resepi hanya guna 4 bahan sahaja.banyak sangat resepi simple sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Resepi dia ngam2 tak lah banyak sangat dapat cream puffs ni dan wani buat longgokan dengan guna sudu jer tak guna piping malas lak nak cemarkan barang2 lain..
Ingat dulu, macam susah nak buat cream puffs ni tak sangka semudah abc rupanya. Itulah bila tengok gambar macam payah jer nak buat. Lagipun resepi yang mudah tapi hasilnya sangat sedap dan boleh pelbagaikan dengan savory atau sweet filling kalau suka. Jom semak resepi kat bawah.
salam semua
syukur alhamdulillah dah hari keenam kita berpuasa kan... seperti biasa wani masih ada entry yang tertunggak.. mesti ramai orang dok tengah cari dessert apa nak buat kan.. tapi bagi wani time bulan puasa jer mesti nak kuih2 yang ada bahan kena masuk santan ... pelik pulak.. time tak puasa tak teringin pulak .. time puasa ni la habis segala kuih nak bersantan hiii... semalam buat bubur pulut hitam.. bila terbanyak buat tak ikut bajet ..ada la lebihan sikit.. runsing kalau nak masak bulan puasa ni nak ikut orang nak makan banyak mana, wani memang susah sikit.. oklah simple je entry hari ini. rasa kalau malam lepas moreh nak makan aiskrim buat la aiskrim puff ni ...
drooling tak tengok ice cream puffs ni hiii... tergerak hati nak cuba resepi yang wani dapat hadiah hari tu dari Chef Obie..tak terfikir langsung boleh makan dengan aiskrim.biasa kalau bab kepit2 ni wani suka kepit dengan roti, tapi kali ini, alternatif lain nak lagi sedap buat lah cream puff. lepas tu kepit dengan aiskrim.. yummylicious tau.. sampai sekarang wani masih terbayang2 makan ice cream puff ni ..rasa nak buat sekarang jugak ..dan tak sabar nak tukar flavor ice cream yang lain
dah lama pun buat ni sebelum puasa ..resepi ambil dari buku DESSERT FOR TODAY. Semua resepi hanya guna 4 bahan sahaja.banyak sangat resepi simple sampai rambang mata nak buat yang mana satu. Resepi dia ngam2 tak lah banyak sangat dapat cream puffs ni dan wani buat longgokan dengan guna sudu jer tak guna piping malas lak nak cemarkan barang2 lain..
ICE CREAM PUFFS
SUMBER: DESSERT FOR TODAY BY ABBY DODGE
HIDANGAN : 12 PUFFS
BAHAN - BAHAN
2 biji telur gred A
1 biji kuning telur
3 sudu besar unsalted butter ( wani guna salted butter )
1/2 cawan tepung gandum
Ais krim coklat secukupnya atau ikut pilihan citarasa anda
1/2 cawan air
CARA - CARA
1. Satukan mentega, air ,dan garam 1/4 sudu teh garam ke dalam satu periuk dan kacau sehingga mendidih.
2. Alihkan periuk dari dapur dan terus masukkan tepung gandum dan kacau cepat-cepat sehingga sebati.
3. Dengan api yang sederhana, Letakkan balik periuk atas dapur dan kacau selalu sehingga doh nampak berkilat dan nampak satu lapisan nipis dekat dasar periuk.
4. Tutup api dan Alihkan dari dapur, sejukkan sebentar dan masukkan telur sebiji dan kacau sampai sebati dan masukkan telur sebiji lagi. Pukul sehingga doh betul -betul lembut dan berkilat
5. Konsistensi doh tersebut sepatutnya jatuh dengan kiraan sampai 3
6. Alaskan loyang dengan baking paper dan Boleh scoop dengan ice cream scoop tapi saya scoop dengan sudu
7. Untuk glazing, kuning telur dicampur dengan 1 sudu teh air sejuk dan sapukan ke atas permukaan cream puffs.
8. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan selama 27 minit sehingga puffs kembang dan perang keemasan. Suhu oven masing - masing.
9. Sejukkan dan potong separuh, scoopkan ice cream dan sumbatkan ke dalam cream puffs.
Nota : cream puffs boleh disimpan sejuk beku sehingga 1 bulan.
( seingat wani simpan lebihan cream puff dalam peti sejuk beku dalam 2 minggu dan masih tidak berubah rasa. Keluarkan dari peti dan biarkan kat suhu bilik dah boleh makan, wani tak panaskan balik sebab rasa nya tak berubah. Sekiranya nak panaskan balik tak kisah )
Post a Comment