ASSALAMUALAIKUM....
Salam semua
alhamdulillah, syukur hari ni hujan turun walaupun sekejap.. macam dah lama sangat tak turun hujan. lama dah nak bercerita pasal mangga ni kan tak masuk blog pun lagi. kerabu memang dah banyak kali buat pun.. cuma tak rasa nak buat entry
alhamdulillah, syukur hari ni hujan turun walaupun sekejap.. macam dah lama sangat tak turun hujan. lama dah nak bercerita pasal mangga ni kan tak masuk blog pun lagi. kerabu memang dah banyak kali buat pun.. cuma tak rasa nak buat entry
orang lain dah puas tayang dah apa dibuat dengan mangga kan. Wani jugak ketinggalan train.kali ini nak share resepi yang sangat simple, rasa orang lain pun semua tahu. Buat apa yang ada kat dapur ingat nak tambah bunga kantan tapi tak ada lah pulak.kerabu mangga ni sebenarnya tak payah susah susah pening kepala.kebetulan masa majlis kahwin sepupu ada menu kerabu mangga, simple sangat menu nya tapi bila letak makan dalam satu pinggan terus berselera.. Nak lagi bulan puasa kurang beberapa hari lagi ni, lagi la berselera makan, masam manis camni.
Pokok mangga sendiri ada tapi tak keluar buah, keluar bunga je lebat, buah entah ke mana pulak :D. Mangga ni wani ambil dekat rumah atuk wani, pokoknya pun dah nampak tua tapi buahnya sangat lebat.mangga jenis ni kalau masak tak sedap makan entah nape ia jadi macam lebam kalau masak, ia kena ambil masa buah sedang sedang nak buat kerabu sangat lah sesuai sebab masam. Teringin nak buat mangga asam boi tu.. Tak tersampai lagi hajat. Kerabu ni dah guna yang mangga masam sebab tu tak perah jus limau nipis tu.. Kalau tak masam dah tambah dah jus limau nipis tu.. Nak tambah cuka pun boleh tapi nak elak asid buatan ni kita guna lah asid semula jadi hiii. Ok selamat mencuba.simple kan menu ni :)
Resepi Kerabu Mangga Yang Ringkas Dan Mudah
Resepi Kerabu Mangga Yang Ringkas Dan Mudah
BAHAN - BAHAN
3 biji mangga kalau boleh yang masam
1/2 biji bawang besar didadu
2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan ikan bilis yang telah digoreng atau secukupnya
Gula dan garam secukup rasa
1 tangkai lada merah besar dibuang biji dan dipotong panjang
CARA - CARA
1. Mangga dibuang kulit dan diparut
2. Dalam satu mangkuk, Satukan mangga yang telah diparut, bawang besar didadu, sos tiram,lada merah, ikan bilis, gula dan garam dan gaul sebati
3.perasakan kembali jika ada nak tambah tokok bahan dan boleh dihidangkan
NOTA: sekiranya mangga tak masam boleh perah jus limau nipis
Bahan - bahan boleh ditambah ikut suai rasa.
wani, memang sedap ni. cuba wani ke link ini untuk menyertai GA EFG Mega Raya kami :
ReplyDeletehttp://www.akupenghibur.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
Post a Comment