MAKARONI BAKAR SARDIN

Assalamualaikum...


Salam semua..dah masuk hari keempat berpuasa, syukur alhamdulillah walaupun permulaan puasa wani agak lesu sikit badan. Semalam pergi beli barang grocery ,,ya Allah blalik tu rasa lembik lutut,habis lenguh2. Huuu .akui badan terasa lemah longlai jer. Oklah ya menu ni masa belum puasa lagi.banyak menu tertunggak belum puasa lagi ni. Makaroni ni Kadang2 buat juga  masa puasa. 

makaroni bakar adalah salah satu favorite wani.. masakan yang amat mudah nak masak. biasanya kalau bulan puasa, makan ni rasa tak nak makan nasi dah. kali ini nak share resepi makaroni bakar sardin yang dah wani olah. makaroni bakar ni ia tak la susah, kalau pandai tokok tambah bahan nak bagi sedap.. memang akan sedap la .. dan boleh pelbagaikan lagi nak masuk bahan apa kat dalam makaroni ni..

kali ini wani guna sardin.. simpan lama dah stok sardin ni..tak tahu nak buat apa, banyak sungguh tengok dalam pantry  tin yang tak terusik sampai ke bulan puasa dah tak usik lagi . jadi wani plan nak letak dalam makaroni bakar asyik masuk ayam dan daging ni boring jugak kan. resepis asal tengok kat SINI

wani bakar dalam cawan kertas .saja nak buat kelainan..bakar dalam 4 paper cup boring asyik bakar dalam loyang jer.. yang lebihnya tu wani bakar dalam loyang. kalau buat sos cicah sendiri ni lagi sedap.. tapi wani tak buat la..


MAKARONI BAKAR SARDIN
SUMBER: DARI DUNIA DAPURKU

BAHAN-BAHAN
2 1/2 cawan makaroni direbus al dente (sehingga lembut)
Italian herbs 1 sudu teh ( optional  )
1 tin ikan sardin (tin kecil ayam brand 155 gm dibuang tulang)
3 biji telur
Slice cheese secukupnya ( optional ) 
1 labu bawang besar sederhana dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang halus 
Daun sup secukupnya dipotong halus
Garam dan gula
1 1/2 sudu besar serbuk kari daging 
Air secukupnya sekadar nak basuhkan baki dalam tin
Minyak untuk menumis 


CARA - CARA
1. Tumiskan bawang putih sehingga wangi dan masukkan bawang besar, tumis sampai naik bau dan masukkan italian herbs.kacau rata.
2. Kemudian masukkan serbuk kari daging dan kacau hingga naik bau 
3. Masukkan ikan sardin sekali dengan sosnya, kacau sebati dan masukkan air. Masukkan gula sikit 
4. Kacau sampai ikan sardin hancur dan akhir sekali masukkan daun sup.tutup api. 
5. Masukkan macaroni dan kacau sehingga disalut rata, perasakan dengan garam dan kacau lagi sehingga semua sebati
6. Pecahkan telur satu persatu ke dalam makaroni dan gaul rata
7.Sediakan loyang segiempat 8" x 8" inci alaskan dengan kertas foil.
8. Tuangkan makaroni ke dalam loyang untuk lapisan pertama dan letakkan slice cheese dan tutup dengan lapisan kedua
9.bakar dalam  40 minit atau sehingga masak. Suhu oven masing - masing 

NOTA
Kalau nak elakkan makaroni berminyak, kurangkan minyak masa menumis. Biasanya kita tak nampak masa gaul dengan makaroni tapi akan nampak ketara masa nak potong nanti. 

Sekiranya nak rasa pedas, masukkan lada burung @  lada besar dihiris





1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post