SOTONG GORENG TEPUNG RANGUP

ASSALAMUALAIKUM...


Musim cuti sekolah ni, masalah utama sekali jalan pun jadi jam sebab banyak sangat kenduri.ya la bila lalu selang sikit rumah ada kenduri, semalam pun pergi ke kenduri kahwin sepupu. Ya Allah dalam 3 tempat jam itu yang malas nak keluar musim cuti sekolah ni. Oklah dah lama dalam draft..taip save taip save.....publish nya tidak.. hari ni nak publish


Agak lama dah tak buat sotong goreng ni.. Nak makan kat kedai lagi la susah.. Entah nape la.. Dulu dulu beli jugak sotong tapi akhirnya jadi menu lain. Renyah sikit kot sebab main nak celup tepung macam banyak kerja. Hii tapi kali ini aim sangat nak kena buat jugak walau apa pun jadi .. Dah lama jugak sotong dalam peti ni.. Nasib baik mood rajin datang kalau tak, tak menjadi jugak..

Dulu cari jugak resepi yang betul betul nak jadikan sotong tu rangup.. Akhirnya terjumpa resepi yang ada tip menarik sebab tak pernah buat cara macam tu. betul ke tidak kena test baru tahu..tapi bila lepas goreng makan terus lagi sedap kan.. Bila kunyah tu crispy pun ada, rasa kalau ada lebihan sotong sampai ke malam tak habis .. Dah tak rangup dah.. Betul tak .. Kot wani sorang je macam tu.. Sebab ada lebihan sotong goreng ni sampai ke malam tu .. Tepungnya dah tak rangup dah..



Apa pun wani berpuas hati la dengan resepi ni..best makan lepas angkat dari kuali tu. cicah dengan sos disukai.puas hati bila goreng sendiri.resepinya ada kat bawah.terima kasih nashanim yang sudi share tip yang menarik ni.. wani rasa lain kali tak nak dah letak atas tisu..tapi guna lebih sotong tak de lah 4 ekor .. Itu pun agak2 jer nak buat anggaran tepat tu susah sikit..selamat mencuba


SOTONG GORENG TEPUNG RANGUP
SUMBER:NASHANIM

4 ekor sotong
1 cawan kecik tepung gandum
1/2 cawan kecik tepung jagung
3 sudu besar tepung beras
Garam secukup rasa (untuk gaul dkt sotong dan dalam tepung)

Tepung2 tu sekalikan aje...Letak garam sikit.. Jangan lupa gaulkan jugak sotong tu dengan garam nak bagi rasa...

Ok, teknik rekaan aku setelah gagal haritu adalah.... Lepas potong sotong tu and basuh.. Tapis betul2 sotong tu bagi tak berair masa kita masak nanti...

Telur yang sebiji tu, kita kacau lepas tu masukkan separuh gabungan tepung tadi...kacau tepung dengan telur bagi tak beketul ketul tepung tu.

Celup sotong dalam adunan tepung dan telur, lepas tu, celupkan pulak dalam balance gabungan tepung tadi.. Bagi menghasilkan sotong goreng tepung yang rangup. (korang paham ke?)

Pastikan minyak dah betul betul panas n api sederhana... dah masuk dalam kuali, pastikan tutup dengan tudung periuk untuk makesure masak sampai dalam sotong tu..Bukan dkt luar je..

Bila dah kaler brown, angkat guna penapis n makesure dah kering betul minyak baru letak atas tisu... Kalau terus letak atas tisu, memang akan gagal untuk dapat sotong goreng tepung yang rangup malah lembik.

NOTA:resepi ni untuk 1 cawan tepung macam agak banyak kalau 4 ekor sotong kena lebihkan sotong atau buat separuh dari adunan

Masa gaul tepung dengan telur, tepung jadi agak crumble, wani letak kesemua sotong dan salut rata, sebelum nak salut dengan separuh tepung lagi.

2 Comments

  1. sotong mmg feveret buat le apa pun...

    ReplyDelete
  2. Masak sotong ni yang palingg payah adalah tang letup2 tu. Pegang tutup periuk macam nak berperang ada.kihkih

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post