KETUPAT SOTONG

ASSALAMUALAIKUM....


salam semua,

lately, cuaca hujan jer.. sejuk sikit suhu alhamdulillah Kali ni nak bercerita sikit pasal ketupat sotong..wani dok simpan gambar ni dalam folder phone ingat nak buat entry sikit sebelum nak delete gambar. Tengok - tengok gambar yang mana rajin nak update, kita update ya. Sayang pulak ambil gambar step by step tapi tak nak buat cerita pulak. Untuk entry kali ini tak de resepi ya..buat ketupat sotong ni masa berapa syawal dah, lupa.  Wani buat ni pun ada 2 orang tukang buat nya, tugas wani sumbat sotong dan masak dan bonda wani pulak tukang perah santan hii.. Buat dalam 21 ekor sotong.dah pro la katakan tak de main sukat2 dah.. Kononnya heheh.. Selalunya request nak buat ketupat sotong paling tidak pun mesti bulan puasa ataupun lepas raya.. Dalam bulan ramadan sebab kat bazar ada jual ketupat sotong ni agak mahal la jugak harganya sebab itulah orang pilih jalan nak buat sendiri.wani pun sebelum ni ada pernah letak entry kat blog tapi masa tu masih bereksperimen kan..jadi tak berapa nak puas hati, ia kena banyak bereksperimen banyak kali baru puas hati.

Ketupat sotong kalau yang betul jadi kuah dia pekat hitam macam gambar kat atas.


Pertama kali kena rendam beras pulut. Wani rendam dengan santan cair.dalam la sejam jugak. Tak boleh nak budget beras pulut takat mana sebab ada jugak terlebih ..yang terlebih tu kita tanak macam biasa dah. Takut bazir pulak.sebelum letak atas dapur, dalam periuk ni guna santan cair dulu, ya agak2 nak tenggelam sotong sikit. Nak sumbat sotong pulak jangan over sampai buncit sangat,suku sotong jer.. Nanti beras pulut tu kembang lagi. Lepas tu kemaskan dengan cucuk kepala sotong dengan lidi.. Seelok eloknya 2 batang lidi lah guna. Tambah garam ke dalam santan tadi 

 
Pasang api sederhana besar dan reneh la sampai santan tu mendidih. Masa step ni main2 senduk jer santan tu mandikan sotong tu .x delah nak kacau lebih2. Takut tercucuk lidi sotong tu kat sotong lain. Boleh lihat part ni air sotong akan keluar lagi banyak..jadi sukatan santan cair tu kena pandai adjust sebenarnya. .reneh  sampai kuah tu nak kering sikit.. Part ni dah nampah dah yang terbuncit keluar isi perut tuh.. Angkat2 la sikit letak kat atas sikit dengan sotong lain ya.. Takut terlebih lama rendam nanti beras pulut tu lerai masuk dalam kuah  pulak.tak boleh nak jamin kalau sotong ni 100% tak pecah ya..step ni boleh masukkan daun pandan,sebenarnya wani terlupa nak masukkan awal2.  

 

Nampak kuah tu dah surut sikit boleh masukkan santan pekat. Boleh masukkan gula melaka. Gula melaka ni pun main jenis jugak yang sesuai.didih lagi sampai kuah betul2 pekat sambil balik2kan sotong.dan hasilnya macam gambar kat atas. Pekat, hitam tapi memang manis la sikit. 

Itu sahaja cara2 nak buat ketupat sotong walaupun resepi tak ada,susah nak main sukat2 kalau dah banyak macam ni.kalau orang tengok kemain gambar step by step resepi tak ada hahah... 
gula melaka wani guna jenis yang macam dibawah





















2 Comments

  1. sedap bangat ni wani , akak suka bangat kalau sotong di buat cam gini tapi nak buat nya tu aduhhhh malasss, dpt makan yg ni alangkah best nya kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post