FROZEN BANANA YOGURT BITES

ASSALAMUALAIKUM....


salam semua

Semua orang mengadu jerebu makin teruk. Sabarlah ya ujian Allah. Kadang2 ni kita asyik mengeluh sedangkan yang timbulkan masalah tu kita jugak yang buat.. Jadi kenalah bersabar lah Allah nak uji..sejauh mana.. Dengar kat johor pun semua sekolah tutup, tapi hujan pun dalam 2 hari sekali turun kan.. Tanda Allah maha pengasih jugak terhadap hambanya.. Wani kat sini semalam mentari cerah pagi pukul tujuh tu nampak langit bersinar .. Hari ni macam jerebu pulak.. Oklah sambung entry tertunggak

plain yogurt ni dah lama bertapa dalam peti..tak beli rasa nak makan yogurt. tapi tu la tiap kali masuk kedai , mesti wajib pulak ambil yogurt ni..  asyik buka peti tengok yogurt tak tau nak buat apa.. rasa nak makan dengan oats macam tak lalu .. so wani terlintas nak buat aiskrim, dulu ada buat aiskrim coklat masuk yogurt ni ..sekali dah beku tak nak keluar dari acuan.. huhuh.. gigih tarik tangkai pulak yang tercabut hiii.. sedap dah sedap.. sayang tak sempat nak ambil gambar

terlintas nak buat yang mudah sebab bahan semua ada kan.. wani yang mana semua bahan ada kat dapur itula yang terlintas.. kalau tak cukup bahan memang tak jadi buat pun.senang je resepi ni pun ..macam buat aiskrim tapi wani bekukan dalam silicon mould kecik2 ..acuan  aiskrim dalam bentuk silikon tu ada ke jual senang sikit kita nak keluarkan. 

Sebelum ni ada tertengok dalam video pasal yogurt dan  lecek pisang ni.. Jadi sesiapa nak buat yang simple inilah dia. 



FROZEN BANANA YOGURT BITES
SUMBER: eats amazing

BAHAN-BAHAN
1 biji pisang ranum ( wani guna pisang berangan )
240 gm plain yogurt ( ikut  pelbagai citarasa anda pun x pe : contoh greek yogurt )
8 keping aprikot kering didadu atau dihiris ( optional )

CARA-CARA
1. pisang dilecek halus dan masukkan yogurt kacau sampai sebati.
2. masukkan aprikot kering dan kacau lagi sebati.
3.sudukan dalam silicon mould .. kalau ada silicon mould macam cupcake cases tu ok jugak..
4. sejukkan dalam peti dalam 8 jam atau semalaman.

NOTA

Dah macam aiskrim pun ada.. kalau ada acuan aiskrim tu lagi senang nak gigit.. ni buat kecik2 nak pegang dengan tangan pulak

resepi asal guna 150gm yogurt, wani saja tambah 

Tiada gula dalam ni semuanya natural .. Jadi tidak lah manis sangat.. Aprikot kering tu pun dah masam manis

Bahan untuk optional boleh digantikan dengan buah- buahan yang lain. 


2 تعليقات

  1. simple je bahan dia wani, erm kak ana sedang cari kelapa muda nak buat eskrim coconut shake lak nnt klu jadi kak ana share ye hihi :)

    ردحذف
  2. Assalamualaikum Wani cyg :)
    Sedap nie mkn sejuk2 dgn cuaca yg berjerebu sana sini :)
    Wani sihat?
    Tq sudi ziarah blog mama yg dah bersawang teruk hehehe

    ردحذف

إرسال تعليق

أحدث أقدم