6 Cara Betul Untuk Simpan Rempah Agar Tahan Lama | Hari ini Nak buat coretan pasal rempah ratus sikit, sis rasa semua orang pun mengalami masalah yang sama. Lepas masak, rasa kat lidah ehh apasal tak ada rasa apa - apa. Macam hambar masakan kita. Macam dah hilang dah rasa rempah tu kan. Rasa dah letak banyak Macam dah tak ada bau kan.
Kalau bab serbuk rempah tu jarang sangat nak guna. Itu yang tips yang biasa buat dan kalau bab penyimpanan tu lagi penting sebenarnya. Nak bagi tahan lama.
Sebenarnya ada pelbagai faktor yang menyebabkan rempah tak tahan lama ataupun dengan kata lain cepat rosak. Faktor paling utama, ialah cara penyimpanannya.
Secara umumnya, rempah ratus yang telah dikeringkan mempunyai jangka hayat yang lama iaitu antara 1 1/2 setengah tahun kalau simpan ditempat biasa, atau antara 3 – 5 tahun kalau simpan di dalam peti ais. Tarikh luput yang ada pada paket rempah adalah untuk panduan kita.
Ok, kali ini nak kongsi serba sedikit tips dan cara penyimpanan rempah ratus yang betul supaya rempah tahan lama.
6 Cara Betul Untuk Simpan Rempah Agar Tahan Lama
1. Simpan rempah di tempat yang dingin dan kering. Kelembapan, cahaya matahari dan panas membuat rempah ratus lebih cepat kehilangan aroma.
2. Elakkan menyimpan rempah pada tempat yang terdedah secara terus kepada cahaya matahari.
3. Untuk menjaga rempah yang dibeli dalam jumlah banyak agar segar lebih lama, masukkan dalam bekas berpenutup dan simpan di dalam peti ais.
4. Cahaya, udara, panas, dan kelembapan adalah musuh utama rempah-rempah, maka rempah-rempah harus selalu berada di tempat yang kering dan gelap.
5. Memanggang rempah adalah satu lagi cara untuk menghilangkan kadar minyak di dalamnya. Hasilnya, rempah-rempah akan lebih tahan lama. Nak panggang macammana ? Sangai sahaja rempah tersebut atas kuali kering. Selain tahan lebih lama, rempah-rempah yang disangai atau dipanggang akan lebih sedap rasanya dan wangi aromanya.
6. Sekiranya paket rempah dah dibuka, maka baki rempah tersebut “WAJIB” disimpan di dalam bekas yang bersih dan diletakkan di dalam peti ais. Kalau simpan kat luar, memang tak tahan lama dan akan cepat hilang aroma.
Lagi satu bagaimana nak tahu rempah disediakan dengan cara bersih atau tidak, tengok pada masakan kita, kalau masakan kita yang menggunakan rempah tersebut tahan lama, maka insyaAllah ini bermakna rempah tersebut bersih cara pembuatannya. Dengan syarat, masa kita masak tu kita pun jaga kebersihan dan persekitaran kita.
Jadi macam mana kalian simpan rempah nak bagi tahan lama, ada yang sama tak, kalau ada tips lain boleh kongsi di ruangan komen.
Kredit : semuahalalfoods.blogspot.com
panduan yang berguna wani :) tq so much .
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteyg simpan tepat kedap tu sy x buat la...kene beli tupperware banyk2 nmpknya ni
ReplyDeletesimpan dlm peti sejuk tu saya suka...
ReplyDeletekalau guna peti ais yg elok sikit.. lagi tahan lama bahan yg disimpan
Post a Comment