ASSALAMUALAIKUM...
salam semua
alhamdulillah sejak hujan hari tu dan mendung 3 hari ..semalam pun hujan lebat, bila dah nampak kehijauan pokok2, jerebu pun dah kurang.. segarnya udara.. baru tahu betapa pentingnya udara segar... dah nak penghujung bulan 10, maknanya sekarang ni dah nak start musim tengkujuh..
oklah ya, sudah beberapa hari menyepi, teruskan entry hari ini, ini kali kedua dah buat mashed potato guna noxxa. kali pertama wani buat dulu amat berpuas hati sangat. dan untuk kali kedua ni wani ada adjust la sikit dari segi sukatan tu. tapi hasilnya lagi berpuas hati sangat hii..dah lama tak buat mashed potato ni.. agak rasa kemalasan sikit nak buat sebab wani suka mashed potato yang suam2 , makan terus ,, sebab kalau nak simpan lama nak buat makan malam, makanan pun dah sejuk... jadi bila ada noxxa ni tak ada masalah dah lagi nak buat mashed potato. lagi cepat dan mudah
biasa kalau buat ni pun ambil masa time tengah hari sikit, kalau nak makan malam ke petang sikit ke, sebab bukannya boleh dok kat dapur lama2 nak berehat jugak hi..so buat la awal2 . lagipun periuk noxxa ni simpan haba lama.. memang lama sikit.. ,sampai ke malam tu masih ada rasa haba .. dan yang bagusnya kita boleh reheat kan balik .. panaskan macam biasa .. tak payah risau pasal kerak2.. panas dia tak macam periuk nasi hii... macam yang wani buat ni ,prepared dah pagi lagi bahan - bahan semua , sempat la siap dah tengahari tu.. sambil - sambil buat kerja lain.
resepi ni terhasil lepas buat research hii sebab tengok kat pinterest rata2 kat negara orang putih tu dia guna pressure cooker brand crockpot tapi resepi dia banyak mashed potato versi slow cook yang mengambil masa berjam2 untuk masak..tak sanggup la wani.. so, wani olah la guna noxxa ni..
ubi kentang tu memang lembut sangat bila lenyek dengan sudip.. kepada sesiapa nak cuba, cubalah resepi ni .. ubi kentang tu guna yang biasa jer dan yang wani buat ni ubi kentang tu besar sikit ya, kalau potato russet lagi sedap gebu teksturnya ..disebabkan kesemua peminat kentang putar.. sifat malas tu kena buang dah.. hii..sos tu wani tak ikut macam resepi kat bawah, cuma cairkan mentega terus masukkan tepung ,,siapa2 nak buat macam tu lagi sedap aroma dia .. oklah selamat mencuba ya..

MASHED POTATOES NOXXA
NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
kena berhati2 nak letak serbuk pati ayam, sebab serbuk tu dah masin dalam resepi asal guna sampai 5 sudu besar, kurangkan la ya dalam 1 sudu besar ataupun rasa sikit nak tau sebab wani buat termasin nasib nak rasa ..kalau tak pergi letak sampai 5 sudu besar ..wani guna serbuk pati ayam knorrr
Hidangan : 5 orang makan
kentang 1.25 kg atau 8 biji yang besar
1 1/2 cawan air
1 kiub pati ayam atau 1 1/2 sudu besar serbuk pati ayam
6 ulas bawang putih *ketuk
Serbuk lada putih 1/2 sudu teh
Garam secukup rasa
3 sudu besar mayonis
3/4 cawan susu cair ( panaskan sekejap bukan sampai mendidih )
2 sudu besar butter
CARA - CARA
1. Ubi kentang dikupas dan dipotong dadu besar
2. Masukkan ubi kentang dalam innerpot, masukkan 1 1/2 cawan air, kiub pati ayam, bawang putih dan butter
3. High pressure selama 15 minit, pastikan tombol ke pressure sebelum tekan on
4. Selepas bunyi bip, offkan dan tarik picu tombol ke steam untuk melepaskan tekanan
5. Buka tudung dan ambil senduk kayu, tekan dan kacau sampai hancur. tahap ni ubi kentang dah lembut sangat
6. Masukkan serbuk lada putih,garam secukup rasa kalau nak tambah, kalau tak nak letak pun tak apa sebab makan dengan sos kan, letak mayonis dan susu cair, gaul sebati. Suai rasa, jika tak cukup bahan perasa boleh tambah
7. Wani buat tengah hari,tapi nak makan malam, bila nak makan tu boleh panaskan balik periuk noxxa dengan tekan reheat. Hidangkan dengan sos
SO MASHED POTATOE
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
* 650 ml air
* 1 sudu besar stok ayam (MaDiHaA guna 1 kiub ayam brand Knorr)
* 1 biji bawang besar - cincang
* 1 batang saderi - cincang (MaDiHaA guna 2, 3 tangkai daun sup)
* 40 gm mentega
* 20 gm tepung gandum
* 1 sudu besar sos tomato
* 1 sudu besar sos tiram
* sedikit serbuk lada hitam
* kicap pekat
* garam
Cara-cara
1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.

Post a Comment