RESEPI KEK CHIFFON PANDAN LEMBUT DAN SEDAP

ASSALAMUALAIKUM...

resepi kek chiffon pandan lembut dan sedap


Rasa lama dah tak buat kek cipon pandan ni.. Salah satu top no 1 kek cipon kegemaran wani. Patut bangga la sebab guna daun pandan ni..daun pandan ni rasa kat asia jer tumbuh.. Sampai ada gelaran untuk daun pandan " asian vanilla"..kalau kat barat terkenal dengan vanilla nya , kita pun patut bangga dengan daun pandan kita.. hii

Kita bukan saja guna untuk memasak tapi guna juga dalam baking, dalam masakan, sebagai nyah bau la ..dan macam2 nak dibuat dengan daun pandan ni ... bau dan perisa pandan ni memang beraroma ...harum jer bau kan... wani rasa kalau setiap rumah tak tanam daun pandan tu ,, rasa macam tak lengkaplah.. daun pandan ni kalau nak tanam kena tempat redup2.. tak boleh kena panas sangat..

Kali ini tak guna apa2 pewarna dan perasa tiruan memang semua pakai daun pandan.. rajin sikit wani.. buat extract pandan sendiri.. puas hati pulak.. baru tahu cara betul  nak ambil jus pandan hii..biasa sebelum ni pandai main blender jer

Nak share kat sini cara memang nampak mudah blender daun pandan jer. tapi ada cara dia ..jus tu kena ambil lepas air pandan tu ,,kalo tak ada daun pandan ker tapi nak buat jugak kek cipon ni.. tak apalah tuang jer pewarna tiruan hijau tu dan perasa daun pandan..

Jadila jugak kek ciponnya.. terpaksa tayang gambar kek cipon yang dah potong ..  emm memang rasa bau yang asli dari daun pandan..

KEK CHIFFON PANDAN
SUMBER:CHRISTINE RECIPES

BAHAN-BAHAN A

5 biji kuning telur
20gm gula halus
100gm tepung kek ( wani guna tepung gandum biasa )
100 ml santan
2 sudu besar jus pandan
Sedikit esen pandan (optional )  ( wani tak letak )
3 sudu besar minyak jagung / minyak masak / minyak zaitun

BAHAN-BAHAN B

5 biji putih telur
60 gm gula castor
1/4 sudu teh cream of tartar

BAHAN-BAHAN UNTUK JUS PANDAN

ada banyak cara orang buat jus pandan ni.. kalau kita nak ikut sangat resepi tak boleh sangat sebab mungkin saiz daun pandan tu ada pendek ada panjang.. jadi kesimpulannya,kalau rasa tak hijau pekat lagi tambah lagi daun pandan untuk blend .. yang wani guna ni  8 helai daun pandan ni panjang - panjang .. air pandan yang nampak hijau tua sangat yang kita nak.. kalau boleh buat sehari lebih awal.. jus pandan ni dalam 2 minggu boleh tahan lagi

8 helai daun pandan
1 1/2 cawan air

CARA UNTUK BUAT JUS PANDAN

1. hiris daun pandan dan masukkan ke dalam blender bersama 1 1/2 cawan air .. blend sampai halus
2. tuangkan ke dalam penapis dan perah ambil jusnya ...
3. simpan dalam peti biarkan  jus pandan tu dalam 1- 3 hari , dah mula nampak extract pandan lapisan paling bawah sekali yang warna hijau tua...
4. tuang air lapisan atas tu letak dalam bekas lain, biar tinggal jus pandan tu sahaja.. yang ekstrak pandan sahaja diambil untuk dicampurkan dengan santan.. air lapisan atas dia tu jangan buang,, bau kuat dah macam esen pandan ..boleh masukkan ke dalam bahan2 nak buat kuih lain..sayang pulak kan..
5. tengok gambar kat bawah.. air pandan yang diblend bila dibiarkan lama jadi macam ni..lapisan yang kat bawah sekali yang kita nak..

                                                                   sumber: wendy

CARA-CARA

1. pukul kuning telur bersama gula halus hingga sebati.tak perlu lama pun pukul sampai kedua bahan tu bercampur ketepikan
2. campurkan santan tadi dengan ekstrak jus pandan dan masukkan ke dalam bahan adunan yang telah dipukul tadi
3. masukkan tepung sikit demi sikit sambil gaul sebati dan akhir sekali masukkan minyak dan gaul sehingga sebati.. ketepikan
4. untuk adunan meringue, pastikan bekas yang hendak digunakan untuk memukul putih telur adalah bersih dan bebas dari minyak atau gris dan bekas mesti kering
5. pukul putih telur dengan speed perlahan hingga berbuih dan masukkan cream of tartar, putar dengan kelajuan yang kedua, masukkan gula halus satu sudu besar sekali masuk, putar lagi, masukkan gula  dan terus masukkan speed ketiga, dan masukkan gula sikit demi sikit  sehingga habis
6. adunan meringue hendaklah dalam keadaan soft peak,bila angkat cangkuk meringue tu macam melengkung ke bawah sikit,  bukannya nak masuk stiff peak sangat.. ( bila keadaan stiff peak adunan tepung tadi bila nak gaul dengan meringue, susah nak sebati dalam adunan  )
7. kaup meringue untuk dimasukkan ke dalam adunan bahan A  dalam 3 -4 kali dan kaup balik secara perlahan sampai adunan sebati
8. tuangkan ke dalam loyang chiffon ( loyang tak payah gris ) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan. dalam suhu 130 C selama 30 minit dan naikkan suhu 150 C selama 25 minit. 10 minit terakhir boleh tutup dengan kertas timah untuk elak permukaan atas hangus .kalau nak check cucuk dengan lidi, kalau lidi tak melekat tandanya dah masak
9. selepas masak, terus keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang.tunggu  sehingga suam-suam susu sikit boleh terbalikkan dan keluarkan dari loyang.

NOTA 

suhu bergantung kepada oven masing-masing.. macam oven wani, nak bakar jenis adunan yang bercampur meringue macam ni,, memang kena suhu rendah dan kemudian naikkan suhu, permukaan kek crack jugak,, tapi tak apalah yang penting tekstur tu..  


Post a Comment

Previous Post Next Post