ASSALAMUALAIKUM....
Menu kampung yang selalu buat kalau teringin.. Kadang - kadang buat bahan apa yang ada.. Ada ubi keledek masukkan. Kalau tak ada, tak masukkan. Dah lama tak makan pucuk paku buat masak lemak macam ni. Kali ini guna pucuk paku merah dan pucuk paku ..pucuk paku merah tu kalau dialek kelantan orang panggil pucuk midin.. Kat pasar pagi banyak la jual pucuk paku. Suka la sayur kampung macam ni..
Biasanya, penjual ni kalau nak buat sayur lemak atau sayur air, dia dah ikat siap - siap campur lagi dengan sayuran lain macam daun cekur manis, pucuk timun tikus, pucuk kateh murai.. .. Kebanyakannya sayur kampung ni tumbuh kalau ada orang tebas hutan, atau kawasan tepi sungai,sayur macam ni akan tumbuh. Teringat pulak kat pasar Kedai Lalat, selalu penjual dia ikat campur macam tu. Sekarang ni dah tak jumpa sayur ikat macam tu.. Ada semua.. Bau aroma sayur lagi sedap. Wani tahu tu daripada bonda belaka.. Nasib la ada bonda yang tahu semua sayur kampung. Kalau tak memang tak tahu la.
Lama dah tak pergi pasar kedai lalat tu .. Jauh dari rumah.. Tak tahu ada lagi ke tak jual sayur kampung campur macam tu. Bila sayur kampung macam ni, makan dengan budu la memang masuk.. Sayur macam ni buat sayur air pun sedap..ringkas dan mudah. Ini resepi untuk sayur masak lemak..santan tu boleh la adjust banyak mana nak masuk.. Yang wani buat ni guna santan perah..nak guna santan kotak pun tak pe.. susah nak main resepi sukat2.lagipun resepi ni sangat mudah.nak timbang pucuk paku pun jual pun dalam ikat2 macam tu hii. Sangat mudah ya jangan buat susah2
SAYUR LEMAK PUCUK PAKU
SUMBER: DARI DUNIA DAPURKU
BAHAN-BAHAN
1 ikat pucuk paku merah dan 1 ikat pucuk paku
5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
santan 800 ml
2 - 3 jemput ikan bilis dibasuh
ubi keledek kuning 2 biji sederhana besar di kikis kulit luar dan dipotong bulat
garam secukup rasa
CARA-CARA
1.ambil daun dan batang pucuk paku yang lembut sahaja dan rendam sekejap kemudian cuci bersih
SUMBER: DARI DUNIA DAPURKU
BAHAN-BAHAN
1 ikat pucuk paku merah dan 1 ikat pucuk paku
5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
santan 800 ml
2 - 3 jemput ikan bilis dibasuh
ubi keledek kuning 2 biji sederhana besar di kikis kulit luar dan dipotong bulat
garam secukup rasa
CARA-CARA
1.ambil daun dan batang pucuk paku yang lembut sahaja dan rendam sekejap kemudian cuci bersih
2. Bawang merah dan lada hitam ditumbuk
3. Masukkan santan, bahan yang ditumbuk, ubi keledek, ikan bilis dan sedikit garam ke dalam periuk
4. Dengan api sederhana kacau kesemua bahan sehingga mendidih dan boleh masukkan pucuk paku
5. Kacau rata biar kesemua pucuk paku tenggelam dalam santan dan boleh tutup sekejap nak bagi lagi lembut sayur dan ubi
6. Boleh tutup api dan perasakan dengan garam jika kurang masin. Hidangkan
Post a Comment