DAGING BLACKPEPPER NOXXA

ASSALAMUALAIKUM....


lately tajuk kat blog ni agak menyimpang sikit.. agak susah kalau nak terhad untuk masakan sahaja.. berkongsi la apa yang patut daripada blog sunyi sepi.. ..ingat dulu wani first time buka blog ..entry pertama letak pasal masakan.. sebab masih pening- pening nak letak tajuk apa kat blog.. terlekat la DARI DUNIA DAPURKU.. ..TAK INGAT BILA BLOG ANNIVERSARY ..entah dah lepas ke belum.. huu

sebenarnya nak kongsi menu yang dah lama tertunggak.. agak dah lama tak goreng daging dalam noxxa.. first buat masa nak test noxxa kali pertama .. dengan goreng daging dalam ni.. kalau dulu guna kuali .. agak susah la sebab daging payah nak empuk ..sekarang ni tak payah runsing dah.. kali ini daging blackpepper noxxa pulak.. bila dah bertambah senang kerja pun bertambah senang.. walaupun ada resepi berlambak2 kat internet..dengan macam2 style orang buat.. wani ikut style sendiri jugak la.. boleh la kalian nak buat panduan ya.. sejak guna noxxa ni kalau tengok resepi orang lain guna noxxa ..wani ambil sebagai guideline je.. sebab taste kita ni lain2 hiii.. so terima kasih la yang post pasal resepi2 dari noxxa..




DAGING BLACKPEPPER NOXXA
SUMBER: DARI DUNIA DAPURKU

BAHAN-BAHAN
Anggaran 1/2 kg daging batang pinang dipotong nipis
sos tiram secukupnya
sos lada hitam secukupnya
kicap manis secukupnya
kicap pekat ABC secukupnya
bawang besar dipotong baji
4 ulas bawang putih diketuk
1/2 batang karot dipotong
1/2 sudu teh serbuk lada hitam kasar
Lada merah besar dihiris serong

CARA-CARA

1. masukkan daging yang telah dipotong nipis ke dalam noxxa dan sedikit air.. tak banyak sangat.dalam 1/4 cawan sebab air daging akan turun dan press high pressure selama 20 minit. Pastikan Tombol ke arah pressure
2. Selepas bunyi beep, putar tombol ke arah steam dan biarkan wap keluar baru boleh buka tudung. 
3. Ada baki air boleh stir fry sehingga kering 
4. Masukkan sedikit minyak, masukkan bawang putih kacau sekejap sehingga wangi baru boleh masukkan bawang besar dan serbuk lada hitam kasar.kacau rata sehingga sebati
5. Tuangkan segala jenis sos dan masukkan hirisan lada besar dan karot kacau sekejap dan boleh offkan stir fry.. Tak nak lama sangat takut karot jadi layu sangat. 

NOTA 
Untuk daging tu ada setengah orang dia high pressure dalam 15 minit ataupun ada orang buat dalam 8 - 10 minit ..terpulang atas individu ..wani buat 20 minit nak suruh lagi lembut daging. 
Untuk sos - sos tu terpulang nak tuang banyak mana. Kat sini takde main sukat2. garam dan gula tak letak. dah cukup dari sos - sos. 


Post a Comment

Previous Post Next Post