FENOMENA HALO KE SEMALAM ?

ASSALAMUALAIKUM......




Sumber gambar dari google.. Macam nilah keadaan bulan semalam ada lingkaran sekeliling bulan .kalau tak cousin wani call ,,memang wani tak turun kat luar dah tengok.. Wani perasan cousin call masa nak ambil phone kat dalam bilik.. Kejap dia call abah wani kejap call mak wani sebab lambat angkat,, peliklah nape asyik nak call takut la ada apa2 . Rupanya nak bagi tahu suruh tengok bulan tu.. Masa dia call mak wani, terus pergi kat pintu.. Masa tu wani tengah tengok tv..lepas habis berbual dengan cousin,  Mak datang balik cakap ada lingkaran sekeliling bulan.. Wani pun imbas balik sebab macam familiar bunyi lingkaran keliling bulan tu tapi tak ingat istilah apa huu.. 

Tak tahulah kat tempat lain nampak ke tak.ada nampak ke atau tak perasan..  Tapi sejak kelmarin memang hujan kat sini.. Hari ini pun hujan.. Macam tanda nak banjir tu ada la.. Cuaca pun lembap sepanjang hari ..sejuk.. Semalam bila tengok kejadian ni tak hujan. Lingkaran tu sekejap je tak lama.. Dalam pukul 9 lebih tak silap. Sebab kali pertama wani turun saiz dia tak besar sangat.. Lepas tu kali kedua turun nampak jelas lingkaran keliling bulan tu. Dah habis posing nak ambil gambar tapi tak nampak lagipun sakit tengkuk sebab kedudukan bulan tu betul2 berada ditengah.. Macam kena dongak sangat kepala kita

Subhanallah.. Sangat takjub dengan kejadian alam  ni lebih2 lagi malam.. Lepas tu mak turun sekali lagi nak tengok dia cakap dah tak de dah lingkaran tu.. Memang sekejap je lah ..wani cuba google.. Bila wani tengok gambar tu macam keadaan bulan semalam.. Rupanya fenomena ni fenomena halo . Mungkin lah.. Semalam bukan bulan penuh pun bulan separuh..kalau bulan islam dah masuk bulan safar..Tapi fenomena halo bukan sahaja berlaku masa malam siang hari pun ada jugak keliling matahari ..tapi silau la bahaya tengok lama2 .. Kalau la fenomena halo memang rasa bertuah dapat tengok 

Post a Comment

Previous Post Next Post