ASSALAMUALAIKUM...
terjumpa masa browsing pasal soalan ni.. kalau dulu terlintas jugak apa hukumnya.. tapi setakat ini wani dah lama jadi member nuffnang.. iklan tu tak adalah yang pelik2.. sebab pihak nuffnang kan dah tanya jenis iklan yang macam mana kita nak kan.. ..jadi kalau kita orang islam tu tak payah la nak ringan2kan tangan nak klik jugak kalau pasal iklan arak ni.. dan lagi satu pasal google adsense ni.. wani daftar dengan google adsense ni tahun ni rasanya, sebab ada beberapa tahun lepas nak try register tapi tak dapat sebab main language blog ni adalah bahasa melayu.. rasanya ni baru pihak google boleh menerima bahasa melayu.. tapi soalan yang ditanya ni pada tahun 2010..wani pun hairan jugak wani mula berblog tahun 2011 ..tapi google adsense dah boleh pakai ke..sebab rasa pihak google baru approve kalau blog tu dalam bahasa melayu.. kot2 blog dia tu dalam english..
cuma yang wani was-was sebab pernah ternampak iklan google adsense pasal pinjaman peribadi.. kadang-kadang iklan ni keluar tanpa kawalan kita ..walaupun pihaknya dah tanya kan.. ada perasan tak.. sekarang ni tak nampak la pulak.. kadang-kadang tu pasal game online la ..wani tak buat semua tu ya .adoi yaii .macam mana la nak bagi iklan ni bersih sikit.. cuma dia ada cara kalau kita tak nak pasal iklan ni.. wani macam confused sikit pasal langkah dia tu macam mana kalau kita tak nak iklan yang kita tak berkenan dari blog kita.. kalau siapa2 tahu nak buat tolonglah..
soalan kat bawah ni saudara yang telah bertanya. soalan ni wani ambik dekat web Dr. Zaharuddin.net

Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap ustaz dapat ulas. terima kasih
JAWAPAN
Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut.
Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.
Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu.
Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu' atau wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain)
Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.
Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-
KESIMPULAN
Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.
Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.
Sekian
Post a Comment