ASSALAMUALAIKUM...
BAHAN - BAHAN
Tak tahu nak letak nama apa resepi,, nak letak dengan minyak bijan, last resepi tofu ni dengan minyak bijan jugak. Letak la nama berudang.hii . Ada udang tu di sebalik bawang putih goreng tapi tak nampak..
Terfikir nak buat apa lagi dengan tofu lembut ni. Nampaknya kena main kukus masak hidangan ringkas. Tofu lembut ni memang kena masak seringkas boleh.. Tak payah susah - susah. Kebetulan wani buat ni letak bahan apa yang ada kat dapur.. Teringat ada lebihan daging yang telah disiat dalam peti.. Jadi, ambil jelah buat masuk dalam menu. Jadilah hasil macam ni. Dedaun hijau pun tak ada ingat nak letak tapi takde stok
1 kotak tofu lembut
Udang dalam 4 - 5 ekor dibuang kulit dan belah belakang buang urat hitam tu ya.
4 ulas bawang putih dicincang halus
Sedikit serbuk lada hitam kasar
Sos tiram 2 sudu besar
Kicap pekat ABC secukupnya
Kicap manis secukupnya
Minyak bijan secukupnya atau minyak biasa pun boleh
Daging yang direbus dan disiat halus secukupnya
Bawang putih goreng secukupnya ( optional )
CARA - CARA
1. Tofu dikeluarkan dari kotak dan letak atas pinggan, susun udang atas permukaan tofu dan kukus selama 10 minit. Kalau ada air lepas kukus tu, buangkan sedikit
2. panaskan minyak bijan di dalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga wangi
3. masukkan serbuk lada hitam kasar kacau sekejap dan masukkan daging yag telah disiat halus
4. Masukkan kicap pekat dan sedikit air, kacau rata sekejap dan boleh tutup api
2. panaskan minyak bijan di dalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga wangi
3. masukkan serbuk lada hitam kasar kacau sekejap dan masukkan daging yag telah disiat halus
4. Masukkan kicap pekat dan sedikit air, kacau rata sekejap dan boleh tutup api
5. Tuangkan sedikit minyak bijan dan kicap manis atas permukaan tofu. Tuangkan bahan yang digoreng tadi dan ratakan.
6. Kalau nak tabur bawang goreng putih kat atas tu pin boleh.Dan dihidangkan segera.
Post a Comment