ASSALAMUALAIKUM...
Dah taip panjang elok rasa macam dah save, sebab tak boleh nak mengadap laptop lama - lama,tengok tengok aih dah hilang. Nak marah pun marah untuk diri sendiri sebab dah terjadi. Tarik nafas hembus nafas sekejap.. Buat entry lain, bukan senang kerja nak typing ni.. Kena ada mood la jugak..

hari ni dah 31 hb, last day tahun 2015, hujan renyai - renyai sejak pagi lagi hari ini.. dah terlajak cakap pasal last day hari ini, macam mana semua pasal BRIM, dah settle dah semua.. kalau belum settle lagi, masih ada masa lagi sebelum terlambat.
topik utama bukan pasal BRIM, tapi masih lagi hanyut di awan biru, dah macam lagu arwah Sharifah Aini.. kalau wani naik bas ke atau kenderaan lain wani lebih suka duduk kat tepi tingkap sebab boleh tengok pemandangan luar, sama la atas flight pun tapi feeling tu tak sama bila kita naik kenderaan atas darat..masa nak bertolak dari kota bharu ke KLIA 2 . wani duduk seat tengah jadi tak nampak sangat pemandangan luar.. Cuma masa nak berlepas naik terus kepala wani pening, sampai paras tinggi bila keadaan kapal terbang dah stabil pun masih pening lagi ditambah dengan telinga terasa bingit sebab tekanan tinggi. Kalau orang bercakap pun tak dengar.. Sampai la kapal terbang dah mendarat baru rasa ok sikit telinga..

Wani dah lama plan nak ambil gambar langit kat atas udara.. Hobi wani memang suka tengok langit. Alhamdulillah masa perjalanan pulang dari KLIA 2 ke Kota Bharu dapat seat tepi tingkap.. 2 hari sebelum nak bertolak balik, hujan lebat dengan ribut petir lagi, wani dah runsing takut cuaca tak menentu nanti. Hari nak bertolak balik, syukur keadaan cuaca yang baik..flight pun tak delay, Jadi dapatlah tengok kepulan awan yang cantik kat atas, subhanaAllah ,,sangat takjub dengan kebesaran Allah..
Sangat rugi bagi orang yang tidak tahu erti bersyukur maksudnya melihat dengan mata, mendengar dengan telinga dan berfikir dengan akal.. Setiap kejadian yang diciptakan oleh Allah kesemuanya ada hikmah sekiranya manusia mengetahui.. Tetapi kadang - kadang walaupun mengakui kewujudan Allah tetap tidak beriman juga kepada Allah.. Bila wani tengok pemandangan terbentang luas, apa yang terlintas dalam kepala, pengertian dari surah - surah yang menunjukkan kebesaran Allah.. Banyak sebenarnya.. Rasanya dari segi pemahaman makna dalam Al - quran dan kaitkan dengan alam sekeliling menunjukkan begitu kerdilnya kita sebagai hamba Allah..
“Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa: Kemudian Dia bersemayam di atas ´Arsy. Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepada-Nya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”(Surah Al-Hadid: ayat 4)
Panjang berceloteh hari ini, hari ni pun dah last day esok dah masuk tahun baru 2016, azam baru, biarlah rahsia hii.. Sejauh mana kita merancang pun, Allah pun tengah merancang juga, yang penting doakan yang baik - baik, mudah - mudahan kehidupan kita diberkati dunia dan akhirat.. amin..
Post a Comment