ASSALAMUALAIKUM...
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memutuskan tidak mengeluarkan sebarang lesen penjualan rokok elektronik atau vape, berkuatkuasa 1 Januari tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab Fattah Mahmood, berkata keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bersama Jabatan Kesihatan negeri dan beberapa agensi kerajaan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kota Darulnaim hari ini. Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri akan mengeluarkan notis selama 14 hari mulai hari ini kepada semua peniaga vape supaya mengosongkan premis mereka daripada penjualan vape. "Kerajaan negeri menerima pelbagai pandangan berhubung penggunaan vape dan ia lebih kepada kesan negatif terutama kepada kesihatan.
Alhamdulillah lepas dengar johor nak ban penjualan vape, tertanya - tanya bila kelantan nak ikut macam johor.. Sekarang dah terjawab.. Tak perlu la nak tunggu lama - lama.. Macam - macam permainan dunia sekarang tapi bagi wani samada rokok ataupun vape kedua - dua adalah sampah tak ada faedah langsung.. Kasihannya, banyak peniaga vape terdiri daripada golongan orang melayu..harap rokok pun ikut sama ban terus, tapi adakah menjadi kenyataan nanti Sebab kerajaan kutip cukai dengan penjualan rokok..ok nampak sangat..sepatutnya yang rokok haramkan dulu.. Tak apalah sekurang - kurangnya dah ada kesedaran tentang gejala yang tidak sihat .. Nampak macam aktiviti lagha.. Membuang masa..
Teks penuh boleh baca kat sini..
"Oleh itu, mesyuarat hari ini mengarahkan PBT tidak mengeluarkan lesen berkaitan penjualan vape selepas kita mengambil pandangan daripada pelbagai pihak seperti Jabatan Kesihatan, polis dan Jabatan Mufti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa PBT mengenai penjualan vape di negeri ini, di sini. Mengenai kegiatan penjualan vape secara bebas selepas 1 Januari tahun depan, Ab Fattah berkata, tindakan tegas akan diambil oleh PBT termasuk merampas vape. "Jika mereka masih berdegil menjual vape, kita akan membuat sitaan ke atas barang jualan mereka," katanya.
Post a Comment