TERBANG ....

ASSALAMUALAIKUM....

  

Baru berkesempatan nak mengadap blog..hujung bulan Disember ni banyak berselang seli dengan cuti, esok dah pun Maulidur Rasul lusa pulak hari krismas...sekarang ni wani kat KL... sebelum hari nak bertolak ke KL, hari ahad banyak benda nak buat, awal pagi dah keluar.. Lepas tu kebetulan hari tu Mak Usu wani masuk wad kat Hospital Pakar Perdana sebab esok nak operate buang ketumbuhan fibroid... Terkejar rasanya hari tu.. Petang tu, wani terkejar ke hospital nak jumpa Mak Usu. sebab masa hari operate nanti wani tak ada.. Hanya doa sahaja yang mampu, mudah - mudahan segala urusan berjalan dengan lancar... InsyaAllah balik nanti lah nak jumpa Mak Usu. 

Alhamdulillah hari nak boarding, cuaca cerah tak hujan, jadi flight tak delay. Wani sentiasa berdoa mudah - mudahan hari tu cuaca cerah dan segala urusan lain dipermudahkan. Kalau lah flight delay proses menunggu tu ya Allah memang tak tahan nanti..


Boarding time pukul 9:55 ,sampai di KLIA 2  dalam 10 minit nak pukul 11 pagi dah safely landed. Sampai sini tengah hari dah mula pening - pening dah macam tu lah wani tiap kali travel.. Mesti letih satu badan , padahal naik flight.. Badan pun tak berapa kuat, walaupun pagi tu dah makan tapi tak berapa nak lalu, berlarutan sampai ke malam, angin dalam perut sebenarnya naik sampai ke kepala.. Walaupun tengah hari tu dah makan, yang dimasak oleh ibu mertua adik wani dari Johor kebetulan datang kat KL, Makan pun still lagi  rasa pening . Wani panggil dengan panggilan ibu, nasi ayam dia sedap untuk tengah hari tu, Dah semalaman tidur, esok tu baru rasa lega sikit.  

Setakat ini sajalah dulu, bersambung di entry lain kali..



Post a Comment

Previous Post Next Post