NSK TRADE CITY

ASSALAMUALAIKUM.....


SALAM JUMAAT, 

Minggu kedua pada tahun 2016, sejak permulaan hari tahun baru sampai sekarang, cuaca agak cerah dan panas, tapi panas pelik..agak lama dah tak hujan ni.. Risau jugak kan, sebab hujung tahun lepas tak adalah hujan sangat kat Kelantan, bukan nak suruh banjir tapi biarlah air dalam bumi tu mencukupi..Takut jugak sejarah kemarau macam tahun 2014 melanda akibat panas melampau.. Mudah - mudahan hujan rahmat turun tak adalah tanah kering kontang sangat. 

Masih berthrowback nampaknya cerita, masa kat KL bulan lepas, adik wani ajak pergi pasar borong, di NSK TRADE CITY, tak adalah jauh sangat dalam 15 minit dah sampai.. nampak macam pasar borong kat belakang, kalau kat depan bahagian runcit. Kiranya 2 in 1.wani ni kalau terlebih jakun tengok benda pelik macam ni la..hii  Apasal kat sini macam - macam ada.. Rambang mata wani tengok, bukan semua barang ada kat pasar ni tapi tak ada kat Kelantan.. Kalau rumah kat situ wani dah borong bawak balik... :D.. Terutamanya bahagian bahan masak - masak chinese.. Murah tu murah la jugak.. Wani ternampak mee wantan, terus wani rembat lucu pun ada sebab bawak balik naik flight.. Sebut Mee wantan.. Bertahun dah tak makan mee wantan.. Last kat uni wani study ada jual dekat cafe Kolej 11.. Sanggup pergi merempit dengan kawan gara - gara nak makan mee wantan malam - malam.. Tapi wani tukang bonceng sebab wani tak reti naik motor.. :D... 


Purple carrot tu pun kali pertama tengok.. Aduhai... Korean kimchi, dulu ada target nak buat homemade kimchi sendiri, sampai sekarang tak terbuat - buat.. Bahan dia senang jer sebenarnya.. Tapi tak buat jugak. Belanja gambar anak saudara sulung sekeping.. Dah masuk 10 bulan dah ni .. Ganas kat rumah ..maksudnya aktif , sihat cergas sebab tak reti dok diam.. Hiii .. Alahai Naqib Mak Long dah rindu kamu,, tunggu kamu balik cuti raya cina nanti lah... Wani pergi pasar ni rasanya sehari lepas sampai KL, 21 hb.. Dah mula nampak kotak limau mandarin,, awalnyaaaa... masa mula - mula nak masuk .. Dah ada jual chinese ornaments, wani nampak anak patung monyet warna merah,, dah agak tahun raya cina kali ini, zodiak monyet,, mama dia Terus tunjuk anak patung monyet kat Naqib,, eleh suka la dia nak peluk,,siap hulur tangan lagi,  kalau orang tunjuk anak patung ni, lepas tu gigit, tak boleh la sayang kamu dah banyak mainan kat rumah.. 

tak puas pergi pasar ni ,, seround tak cukup,, nanti next time pergi balik.. 



Post a Comment

Previous Post Next Post