BUBUR NASI DAGING SHITAKE NOXXA

ASSALAMUALAIKUM....


salam semua

minggu ni minggu terakhir Januari 2016, minggu depan dah masuk bulan 2..bulan 2 ada cuti panjang sempena CNY nanti.. kalau nak fikir baru permulaan bulan 1 pun dah macam-macam berlaku, tengoklah berita kat tv.. mudah-mudahan bulan seterusnya tak adalah dengar berita yang tidak enak didengar..

kali ini ada masa nak share bubur nasi daging ..digandingkan dengan shitake .. nak kata macam bubur lambuk tapi masuk santan kan.. ini tak masuk santan ..kira simple bubur nasi.. wani memang suka dengan bubur nasi tak kisah buat macam mana pun,, tapi kalau yang ada ikan dalam bubur tu wani tak makan hii..sesiapa yang suka cara simple macam wani ni boleh la try buat.. semestinya guna periuk noxxa tidak meremehkan kerja tapi lagi memudahkan kerja., kerap buat bubur nasi sebab ada periuk ni.. masakan hangat sentiasa..

kalau bubur lambuk biasa wani hiris terus daging mentah dan juga bahan-bahan lain masuk ke dalam noxxa, kiranya ini pun teknik yang sama..

yang ni wani guna sampai 1kg ya daging sebab simpan buat frozen daging yang dah masak.. sebab kebetulan dah habis ,selalu buat macam tu.. kalau nak buat untuk bubur nasi ni, hiris seberapa banyak daging yang nak untuk dimasukkan  ke dalam bubur nasi ..masukkan kesemua sekali gus bahan- bahan ke dalam periuk..high pressure selama 30 minit dah siap,daging dah lembut dan nasi pun dah kembang elok ,, cuma nak bagi hancur lagi nasi tu stir fry kejap sampai la pekat..   semestinya bubur nasi ni no tumis-tumis kiranya masakan sihat kan..






BUBUR NASI DAGING SHITAKE

BAHAN -BAHAN

Daging 1 kg 
Bawang putih 4 ulas diketuk 
1/2 sudu teh serbuk lada putih
Shitake kering rendam dengan air panas, buang tangkai dan potong dalam ketulan kecil
1/2 inci halia dicincang halus
1 cawan beras rendam sekejap
 1 Kiub pati daging knorr
Garam secukup rasa
8 cawan air atau secukupnya
Bawang goreng
Daun sup
Daun ketumbar atau daun bawang

CARA -CARA

1. Hp daging selama 50 minit, dan tekan button on, pastikan tombol ke pressure dan lepaskan wap ke steam setelah bunyi beep baru boleh buka tudung. 
2. Keluarkan daging dan sejukkan.Hiris nipis daging yang dah masak tu..ikut suka nak banyak mana nak dimasukkan dalam bubur nanti
3. dalam bekas lain,tapis stok daging tadi dan masukkan semula ke dalam inner noxxa
4. Masukkan beras, bawang putih, halia, kiub pati daging, serbuk lada putih, shitake dan hirisan daging ke dalam inner noxxa
5. Tutup periuk dan high pressure selama 30 minit,tekan button on, pastikan tombol ke arah pressure
6. Setelah  bunyi beep, tarik picu tombol ke arah steam dan wap dilepaskan sampai habis,
7. Periuk boleh dibuka selepas injap tekanan jatuh
8. Kalau rasa nak tambah seperti serbuk lada putih atau bahan perasa lain boleh tambah ketika ini
9. Dengan mode stir fry, kacau sehingga bubur nampak pekat.
10. Dah nampak pekat, offkan stir fry siap untuk dihidangkan tabur daun bawang dan juga bawang goreng

Post a Comment

Previous Post Next Post