SEKITAR KLIA 2

ASSALAMUALAIKUM...


sebelum terlupa, rupa-rupanya sesi persekolahan yang bermula pukul 8 pagi tu hanya untuk sekolah YIK sahaja,, sekolah agama di Kelantan...untuk sekolah saluran kerajaan ..waktu persekolahan macam biasa.. wani ingatkan semua sekolah kena.. susahnya... sorry pembetulan..alhamdulillah tahun lepas dan tahun ni tak ada dengar berita yang banjir teruk.. saudara-mara kat Rantau Panjang yang biasanya naik air kalau bah hujung bulan pun tak delah naik air, mudah-mudahan walaupun masih awal tahun ni tapi hujan masih turun.. harap-harap tak adalah apa - apa kan..

masih lagi cerita 'throwback' tahun lepas.. kalau wani simpan lama dalam handphone ni takut2 terdelete nanti.. biarlah buat kenangan kat sini.. bulan cuti sekolah baru - baru  ini, KLIA 2 penuh sesak dengan orang.. memang crowded.. mungkin ramai pergi bercuti la ... dah cuti musim sekolah... sampai sana dalam lebih kurang hampir pukul 10 pagi.. tapi macam lambat sebab beratur nak bayar untuk bagasi.. ambil masa yang lama.. lepas tu baru tergesa-gesa nak pergi dekat check- in masuk.. sangat lah jauh jalan...  lepas pemeriksaan beg dan diri , jalan lagi macam 1 km berjalan.. nak jumpa gate J5.. hampir pukul 11 pagi .. orang dah ramai beratur panjang.. jauh betul tempat penerbangan domestik ..


kat tempat perlepasan antarabangsa ada depan mata.. ni masa tengah tunggu bayar untuk bagasi,  tapi tak tahulah takut jauh masuk dalam lagi..


tempat depan kaunter, nak tunggu untuk buat bayaran bagasi..


hari tu baru sehari lepas sambutan krismas seluruh dunia,, tempat macam ni memang tak lari dari deco , ini dia christmas deco di KLIA 2.. pakcik santa claus ni sebenarnya bergerak-gerak kiri ke kanan.. ramai la orang ambil gambar kat sini.. dah jadi  tumpuan..kebetulan wani nak snap ... pakcik ni senyap dan tunduk hormat kat depan wani.. haa.. dah macam tahu orang nak ambil gambar...  sebab tu gambar cantik sikit.. kalau tak kat tangan tu dah blur sebab snap tengah gambar bergerak.. cantik deco krismas..tak lama deco untuk chinese new year pula..  kalau hadiah kat bawah pokok tu hadiah betul wani dah ambil dah hiii...


Post a Comment

Previous Post Next Post