TENGGIRI TUMIS ASAM LADA HITAM

ASSALAMUALAIKUM...


ini salah satu resepi selalu wani buat masa bulan puasa, selain daripada resepinya yang amat mudah, ianya sangat sedap, keseimbangan masam tu sangat penting dalam resepi ni.. dah lama sebenarnya nak post tapi tak berkesempatan, biasanya wani guna ikan bawal memang masuk dengan resepi ni, resepi asal pun guna ikan bawal. dengan ikan siakap pun dah cuba, sekarang try masak guna ikan tenggiri ..lagi sedappp oitt....masakan macam ni sesuai dengan jenis ikan yang isinya keras , macam ikan siakap, ikan tenggiri, apa lagi eh,, rasa ikan bawal tu pun termasuk kategori isi keras kan .. ikan kena goreng garing- garing ya,,,

rupa ikan dah tak nampak sebab diselimut dengan bawang-bawang dan kuah hii.. sedappnya.. lama dah rasa tak buat.. yang penting dalam resepi ni .. air asam jawa tu kena banyak nak bagi masam.. kalau kurang, rasa pun tak kick sangat la.. sebelum tu,  terfikir jugak nak masak apa la dengan ikan tenggiri ni nak bagi sedap.. last-last guna resepi ni.. cuma ada tokok tambah, tak letak pun ada sebab tak ingat,, tapi rasa tetap maintain.. yang penting masam tu.. terima kasih penyumbang resepi ..walaupun ada tokok tambah sikit.

TENGGIRI TUMIS ASAM LADA HITAM
SUMBER: SINAR KEHIDUPANKU

Bahan-Bahan
  • 4 ekor ikan bawal- sederhana besar- guna ikan lain pun boleh  wani guna ikan tenggiri 
  • 1 btng serai- di titik
  • Daun saderi/sup- dihiris halus 
  • 1 sudu besar lada hitam-tumbuk, saya guna yg dah kisar kasar 
  • 2 sudu besar asam jawa-bancuh bersama 1/2 cwn air
  • 2 sudu besar kicap jalen manis - tak letak
  • Garam dan sedikit gula
  • Sedikit kunyit serbuk utk goreng ikan
  • Minyak secukupnya
  • 1 cawan air atau secukupnya
  • wani tambah sos lada hitam
Bahan di hiris
  • 2 tangkai cili merah
  • 2 tangkai cili hijau
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
Cara-Cara
  1. Siang ikan, kelar permukaannya, cuci bersih dan toskan. Gaul ikan bawal bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga  masak. Angkat, toskan dan ketepikan dulu.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumis bahan yg di hiris tadi, masukkan juga serai yg diketuk tadi. Tumis hingga naik bau.
  3. Setelah wangi, masukkan air asam jawa. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan sedikit air lagi jika perlu.(ikut selera masing2 ya nak kuah bnyk atau sikit)
  4. Masukkan ikan yg telah di goreng tadi dan gaul sebentar. Perasakan...sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan hidangkan.Taburkan bersama daun sup yg dihiris halus.
  5. Sedap di makan bersama nasi putih panas.



Post a Comment

Previous Post Next Post