DR VIDA BINA HOTEL PQPTRW BERNILAI RM 280 JUTA




Sebelum ni dah ternampak perkongsian gambar stadium yang sedang dipulihkan, masih dalam  progres.yang ni pula mendengar berita terbaru. Banyak sangat kejutan yang Dato Vida bagi. Ayuh Kelantan ku, semoga maju ke depan, terima kasih Dato Vida..

Hotel bertaraf enam bintang yang dilengkapi kemudahan sukan dan riadah akan dibina berhampiran Stadium Sultan Muhammad IV di sini. Hotel Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) bernilai RM280 juta yang bakal dibina penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun. Hasmiza atau lebih dikenali Dr Vida berkata, pembinaan hotel berkenaan adalah antara usaha beliau dalam menjadikan pasukan Kelantan lebih maju dari segi kemudahan sekali gus mampu menandingi kelab Eropah yang lain. Beliau berkata, Hotel PQPTRW 19 tingkat yang akan dibina di tanah seluas 0.7 hektar berhampiran papan skor Stadium Sultan Muhammad IV itu mampu memberi wajah baharu untuk Kelantan. "Bahagian bawah hotel berkenaan akan dijadikan kompleks sukan yang menyediakan tempat permainan boling, padang tenis, latihan pukulan golf dan lain-lain lagi. "Jadi, ibu bapa tidak perlu risau sekiranya anak mereka perlu hadir perlawanan di Kelantan kerana kemudahan tempat tinggal sudah tersedia

"Selain itu, hotel itu juga menyediakan kafe sebagai ruang untuk peminat bola sepak menyaksikan perlawanan secara siaran langsung. Jadi mereka masih boleh menonton perlawanan beramai-ramai walaupun tidak sempat ke stadium. "Taman tema juga dibina di sekitar hotel berkenaan bagi membolehkan seisi keluarga beriadah di lokasi terbabit. Apa yang saya usahakan ini adalah untuk membangunkan lagi skuad PQPTRW sehingga mendapat tempat di pentas antarabangsa. "Jika saya sudah meletakkan sesuatu sebagai impian dan misi, saya akan berusaha merealisasikannya, ia bukan sekadar 'melepaskan batuk di tangga'," katanya semalam. BH Sukan kelmarin melaporkan, Dr Vida menyasarkan untuk menjadikan PQPTRW sebagai kuasa besar bola sepak tempatan setanding dengan kelab Eropah dalam tempoh lebih dua tahun. Dr Vida menyifatkan semua usahanya membantu Kelantan termasuk mengubah wajah Stadium Sultan Muhammad IV adalah titik permulaan ke arah meletakkan skuad berkenaan di pentas antarabangsa. 

Dr Vida berkata, beliau bersama arkiteknya akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darulnaim hari ini bagi membincangkan hasrat berkenaan. "Sebaik saja projek itu mendapat kelulusan kerajaan negeri, pembinaannya akan dijalankan secepat mungkin memandangkan pelan sudah disiapkan. "Selain kompleks sukan dan kafe, saya juga mahu gabungkan sebuah masjid dengan hotel berkenaan supaya usaha saya ini mendapat keberkatan. Ia juga boleh memberi kemudahan kepada pengunjung dan penyokong untuk menunaikan solat sebelum menyaksikan perlawanan," katanya.

Sumber: Berita harian 

1 Comments

  1. woow!! usaha yang murni. semuga diberkati..
    Jangan lupa singgah kat blog akak di http://ruzitakitchen.blogspot.com
    Blog masakan yang menyediakan perkongsian aneka masakan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post