GONG XI FA CAI CIKGU

ASSALAMUALAIKUM....


Setiap kali perayaan tahun baru cina ,program tv yang paling wani tunggu adalah pasal cerita mualaf cina. Kadang - kadang bila tekan remote tv, kalau termasuk channel yang ada cerita pasal muallaf, terus tengok, walhal tak tahu pun program tv apa hari itu, 

Di sebalik perayaan yang disambut oleh masyarakat cina, kadang - kadang kita lupa yang bangsa cina yang bergelar muslim pun turut sama menyambut perayaan tahun baru cina. 

Petang semalam, bonda wani bagi tahu dia ada hantar sms dekat Cikgu Hidayati, bekas cikgu wani dulu..bonda wani tanya tak balik kampung ke cuti tahun baru.. Cikgu Hidayati balas, dia balik Penang seorang diri, suami dan anak - anak yang lain tak balik cuti pun .. Banyak kerja katanya kat Sarawak.. Ada anak perempuan dia seorang kat semenanjung yang sedang belajar kat sini yang ikut cikgu balik Penang.. Katanya nak balik raya bersama mak dan ahli keluarga yang lain kat Penang. Bonda wani dan Cikgu Hidayati tak pernah berahsia pun kalau bercerita pasal keluarga .. Bonda dah anggap cikgu macam adik sendiri. Alhamdulillah , macam tu lah kan sejujurnya walaupun berlainan agama, berbakti kepada ibu bapa tetap menjadi keutamaan.. Allah tak suruh pun kita putuskan hubungan dengan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.. Tunjukkan kepada mereka yang islam itu indah

Semasa Cikgu baru mula - mula peluk islam,ayah nya tak berapa suka, selalu bila cikgu balik rumah , ayah cikgu mesti tak ada.. Ibu cikgu pula,  kalau dah bergelar ibu, anak tu tetap anak yang dikandungnya, biarlah berlainan agama sekalipun, kasih sayang antara mak dan anak tak pernah putus.. 

Itu sebab, wani suka dengar cerita pasal muallaf, rasanya mereka lagi banyak pengorbanan daripada kita yang dah sedia muslim,, keikhlasan hati mereka lagi telus.kalau hati mereka Allah dah lembutkan macam tu, tapi hati sesetengah "newborn muslim" yang lain tu masih keras, buat perkara yang dilarang Allah tak rasa malu ke.. 

Samada mereka dah sedia muslim ataupun masih " non muslim", bila ada sesuatu perkara yang dirasakan mereka tidak elok untuk mereka lakukan, itulah dipanggil fitrah. 

GONG XI FA CAI cikgu ......

P/S : sejak semalam sampai ke malam cuaca asyik berangin sejuk rasa, tengok suhu petang semalam dalam pukul 6 pm  tu dalam 26C.






Post a Comment

Previous Post Next Post