KEK LEMON POPPYSEED

ASSALAMUALAIKUM..


salam jumaat semua ..

Pejam celik nak hujung bulan dah,, rasa sebelum ni pun berulang kali bagi tahu setiap kali bila nak hujung bulan, sebab rasa macam masa singkat ,,awal bulan dulu tak terasa sangat kan, bila dah nak habis bulan  ni mula lah,, rasa eh nape sekejap sangat masa. 2 hari ni asyik berangin je cuaca, dan mendung. Bila berangin macam ni badan rasa sejuk sikit

Dah agak lama wani tak post menu kek, jarang sangat nak buat kek,bukan tak makan tapi kurang nak makan,, kalau kek sarang lebah tu laju je habis ..tapi takkanlah kalau rasa nak buat kek nak asyik buat sarang lebah je.. hii// kali ini rasa nak masukkan zesty flavor dalam kek, suka dengan bau lemon dalam kek,wani memang peminat tegar lemon tapi jarang betul nak bereksperimen dengan lemon...kek ni masa tengah bakar tu, harum semerbak dapur dengan bau lemon. Lagipun kek ni senang, sebab wani memang jenis orang malas sikit kalau nak guna mixer, kacau dengan manual tangan sudahlah... Hii.. Kalau orang yang malas nak gunakan mixer tu boleh la cuba resepi ni, 

Dan lagi satu, ada poppyseed kat dalam kek. Baru belajar nak guna poppyseed,sebab tak pernah guna. nampak la bintik - bintik hitam tu kan..poppyseed ni banyak khasiatnya..  Resepi sebenar letak cream cheese frosting, tapi tak letak lah cukuplah dengan kek saja.. Tak nak dah tambah kemanisan yang lain. Kek ni esok hari baru rasa tekstur lembap sikit tapi sedap..

KEK LEMON POPPYSEED
SUMBER: LAUREN

BAHAN - BAHAN 
1 cawan gula
Parutan kulit lemon dari 2 biji lemon
3 biji telur gred A
1/2 sudu teh vanila
1/2 cawan susu cair @ susu segar + 1/2 sudu teh cuka
3 sudu besar jus lemon 
1 3/4 cawan tepung gandum 
1 1/2 sudu teh baking powder ( wani guna 1 1/4 sudu teh ) 
1/4 sudu teh baking soda 
1 sudu besar poppyseed
1/2 cawan mentega dicairkan
Loyang empat segi 8 x 8 "

CARA - CARA 
1. Dalam satu bekas, kacau rata gula dan parutan kulit lemon masukkan telur dan vanila dan kacau sehingga gula hancur
2. Dalam bekas lain, campurkan susu, cuka dan jus lemon, kacau rata sampai terhasil macam tekstur dadih sebab campuran ni macam buat buttermilk
3. Tepung gandum, baking soda dan baking powder diayak
4. Kemudian masukkan campuran buttermilk tadi ke dalam campuran kulit lemon, masukkan mentega cair dan kacau perlahan sampai sebati
5. Masukkan tepung yang telah diayak sikit demi sikit ke dalam campuran basah tadi, kaup balik dengan rata sampai sebati
6. Masukkan poppyseed, gaul sehingga rata
7. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dan dilapik dengan baking paper,dan bakar pada suhu 150 C  atau suhu oven masing - masing dalam 35 - 40 minit atau sehingga kek masak
8. Cucuk dengan lidi, kalau tak melekat tanda dah masak. Keluarkan dari oven, Biarkan sekejap, baru keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai

NOTA: jangan overbake nanti tekstur kering dan sukatan guna sukatan sudu metrik ya jangan guna sudu makan kat dapur tu.. 

1 Comments

  1. singgah sini.. ^^

    jemput join GA Shawal.. :)

    http://akubukaninnocent.blogspot.my/2016/02/daebakfebruary.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post