ASSALAMUALAIKUM...
Dah masuk musim panas macam ni kena berhati - hati ya sebab sekarang pun musim nyamuk denggi tengah membiak.pagi Jumaat semalam tiba - tiba Kelantan diselubungi kabus, bonda ada bagi tahu dalam pukul 5 pagi tu dah nampak kabus, memang sejuk kat luar. Berita tv 3 semalam pun keluar pasal kabus yang melanda di Kelantan, sampaikan penerbangan airport Sultan Ismail Petra kena tangguh.
Sebenarnya nak cakap benda lain tapi dah menyimpang jauh tajuk, tak apalah muqaddimah, baru - baru ni viral pasal nota dari Encik Khairul, wani baca pun rasa sebak, sampai masuk Oh Bulan,dan lebih daripada 29000 perkongsian. wani rasa kalian semua pun dah tahu pasal apa..pengajaran ya kalian pengajaran terutamanya yang bergelar ibu bapa, khususnya.. Pada tahap umur kanak - kanak sampai meningkat remaja sehingga 18 tahun, pada peringkat ini, mereka memang dahagakan kasih sayang, walaupun kita dah tahu peringkat umur mereka macam tu, tugas mereka adalah untuk belajar,tapi jangan buat macam robot sudah lah. Wahai ibu bapa sekalian...
Wani ada bagi tahu cerita pasal apa dah jadi dengan budak yang berumur 15 tahun tu dekat bonda wani.. Bonda terus bagi tahu satu kisah yang sama dengan kejadian yang berlaku macam remaja 15 tahun tu. Masa tu awal tahun 80 an, bonda wani bertugas dekat Pahang, adik ipar kepada rakan sekerja bonda bunuh diri sebab tak tahan dengan ayah, kakak kandung sendiri macam benci , puncanya sebab anak dapat gred C dalam SPM. Umur baru 17 tahun . Selepas tengok macam adik ipar dia kena pulau oleh keluarga sendiri, kawan mak ajak datang Kedah. Sempat tinggal 2 hari, sebelum menghembuskan nafas terakhir, arwah tu gantung dirinya dengan tali buaian anak kawan bonda. Arwah ada tinggal satu nota letak dekat pintu bilik... Arwah tu bagi tahu "hanya akak yang sayang saya" maksud arwah tujukan kepada kakak ipar dia.
Nampak tak bagaimana peranan keluarga dalam mendidik anak - anak,mereka perlukan kasih sayang dan tempat untuk bermanja. kalau Allah bagi pandai ke atau tak pandai tetap anak kita. anak tu ujian dari Allah.. Wani pun lupa surah mana yang bagi tahu satu ayat yang anak - anak dan isteri tu ujian dan perhiasan dari Allah.. Tapi setiap kali wani baca ayat tu, hikmah daripada ayat tersebut kita sebagai manusia ni kenalah sabar walaupun dugaan apa yang datang sekali pun yang terjadi dekat anak - anak ataupun isteri...
Buat adik - adik kalau terbaca blog akak ni, tolong ya ... tolong kasihani diri anda kasihankan mak ayah, jangan ikut hasutan syaitan, bunuh diri tu salah satu dosa besar, walaupun mak ayah asyik membebel , tanda mereka sayangkan kamu... Buat yang bergelar mak ayah, didiklah anak - anak elok, mereka bukan robot...mereka manusia yang mempunyai perasaan..masa cuti sekolah ni ,wani faham la banyak kelas tambahan ataupun tuisyen.. Jangan buatkan stress sangat dengan anak - anak.. Panjang nya ... Semoga dapat jadi pengajaran kepada diri sendiri juga.. Walaupun diri ini bukan bergelar ibu ataupun isteri tapi ada hak untuk bersuara juga...
P/S : emmm merenung masa depan yang tak tahu penghujungnya.. Macam mana..Mudah- mudahan Allah permudahkan yang sebaik- baiknya buat hamba yang kerdil ini..
ya allah sedihnya .....
ReplyDeletePost a Comment